Friday, December 9, 2011

Ayam Sumbat.(Ayam Kodok)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah dan siap makan...mandi dan solat zohor...lega rasanya.Dapatlah mengadap komputer:).Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Ayin kerana Cm ambil resepi Ayam Kodok dari dapurnya.Memang nekad nak buat Ayam Kodok tu walau pun resepi tu "besar" kejadiannya.Bayangkan nak sumbat dan  penuhi sekor ayam...memang besar kejadiannya sedangkan kami hanya bertiga..takkan habis.Terima kasih Ayin dan Cm nak minta ribuan kemaafan kerana terpaksa tukar nama Ayam Kodok kepada Ayam Sumbat atas permintaan si Adik hehe...dan ubah suai sikit bahan-bahannya untuk sesuaikan dengan selera kami:)..terima kasih Ayin!!


Maaf la ya kerana tak dapat letak gambar penuh ayam Sumbat ni kerana semasa proses memindah ayam dari pengukus ke dalam oven berlaku sedikit kemalangan kecil sehingga sebelah ayam tu terburai jatuh:(..Jom kita lihat resepinya:)

A


1 ekor ayam-Cm guna ayam yang agak kecil saiznya.
500 gm daging ayam kisar-Cm guna 400 gm.
500 gm daging kisar-Cm guna 400 gm.
5keping roti putih -Cm guna 6 keping roti gardenia.Rendam dalam air hingga lembut-toskan airnya.
3 biji telur
1/2 tsp serbuk buah pala-Tak letak.
Garam dan gula secukup rasa.
1 tbsp serbuk cili.
4 biji telur rebus.
2 kiub ayam maggi


B

Bahan-bahan Sapu:
(satukan)

1 tbsp butter.
5 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tbsp madu.
1 tbsp serbuk cili.
2 tbsp gula perang.
1 kiub ayam maggi.
1/2 tsp serbuk buah pala.
garam secukup rasa.
1/2 biji lemon-ambil jusnya.


Cara-caranya:)

  • Rebus telur dan kupas kulitnya.
  • Asingkan kulit ayam dari isinya.Boleh lihat DISINI .
  • Satukan bahan-bahan A kecuali telur rebus.
  • Isikan kedalam kulit ayam hingga penuh.Masukkan telur rebus kedalamnya.
  • Jahit dengan benang agar  tertutup di bahagian leher dan bawah ayam atau jika ada bahagian yang koyak..Jahit kemas-kemas.Kemudian cucuk dengan pencungkil gigi di keliling ayam.
  • Alas ayam dengan mangkuk tahan panas dan kukus selama 45 minit-1 jam.
  • Keluarkan ayam dan letakkan diatas rak yang  dialas dengan dulang pembakar.Sapu ayam dengan bahan-bahan B hingga rata.(Curahkan air ayam dari mangkuk  kedalam dulang pembakar)
  • Panggang ayam hingga perang.


Inilah air   ayam yang keluar semasa proses membakar ayam di jalankan.Kacau rata dan boleh di jadikan Sos yang enak sekali.Cm masak sos  cili untuk nasi ayam biasa di gandingkan dengan sos ayam diatas..sungguh sedap......sedap betul....

Kami makan bersama nasi ayam,sos ayam,sos cili,sup ayam( Ambil bahagian tulang seperti kaki,leher dll jadikan sup),salad, hirisan tomato dan timun.



Komen:..hingga tak terkata-kata..lihatlah pinggan ni sebagai bukti...selamat mencuba ya...

14 comments:

  1. cm, kakpah dah tengok pagi tadi resepi ayin ni. minat gak nak buat tapi bila tengok nak kena asingkan kulit daripada isi.. alamak hai.. banyak kojo pulak rasanya..haha..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum CM,

    amboi pasti sedap sangat nie...sampai kering pinggan tu...wah seronoknya makan...kita tumpang cuci mata aja lah...hahaha...

    ReplyDelete
  3. Salam, masakan ni takde sup ya CM.. memang sedap la kalau dah nak buatnya pun payah.. er.. ada tak yang tercedera dlm kemalangan kecil tu..tak repot polis ke..hi hi

    ReplyDelete
  4. ibundo..kak pah..remeh sikit kakpah..kena jadi pakar bedah..tukang jahit baru dapat masak ayam kodok ni hehe.

    ReplyDelete
  5. Nuridah..wsalam..hehe jom makan masih ada banyak lagi ni:)

    ReplyDelete
  6. Che Mid..wslm..hehe..ya ada kehilangan nyawa Che Mid..ayam tu dah lah kehilangan nyawa..tinggal kulit je kihkih..sedap tapi remeh nak buatnya.

    ReplyDelete
  7. .....alamak...
    sedapnyer...
    tapi macam ibundo cakap...
    kerjanya banyak lah...

    ReplyDelete
  8. mamaijat..ya..remeh btol..kena bedah,kena jahit,kena kukus pastu baru panggang:)tp berbaloi baloi!

    ReplyDelete
  9. modal nekat juga ya cikmanggis hehehe...samalah dengan ayin....kalo tak cuba buat penasaran sampai bila2 masa hehe

    ReplyDelete
  10. kak nahhhhh wah sedapnya kak :)
    jus pala dah siap ke?

    ReplyDelete
  11. manis manis..mesti mau coba jika tidak tidur pun tak lena hehe...tapi pertama kali bikin tak cantik macam Ayin punya Ayam Kodok:)..sedap sekali:)

    ReplyDelete
  12. chik mimi..alamak ingat nak buat ptg ni tp ayam kodok punya pasal dah keletihan..Insyallah bila siap mesti masuk blog...terima kasih banyak banyak mimi:)

    ReplyDelete
  13. Banyak kali telan air liur tengok ni...hehehe...

    ReplyDelete