Tuesday, November 15, 2011

Pais Ikan Tenggiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bila lihat menu Pais Ikan ini ,terkenang masa kecik kecik dulu.Emak suka sangat masak pais   ikan putih yang hanya terdapat di musim tengkujuh  sahaja.Pais ikan yang agak special kerana ianya dibakar atas bara api bukannya di kukus baunya sungguh sedap......Masyallah sedap sungguh makan dengan nasi panas dalam musim hujan....hanya tinggal kenangan kerana orang yang menjual ikan putih tu sudah tiada lagi sudah lama meninggal dunia..Al fatehah buat arwah Kak zah Rohim.....Sebak:(...dia lah yang selalu jual ikan putih tu.....
Bahan-bahannya:)

3 potong ikan tenggiri.
5 tangkai cili kering.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 helai daun kunyit.
1 inci kunyit hidup .
Sedikit belacan.
garam dan gula secukup rasa.
Beberapa biji limau kasturi.
2 batang serai.
1/2 biji kelapa parut-putih
Daun pisang secukupnya.
Lidi untuk penyemat.

Cara-caranya:
  • Ikan dicuci bersih dan di potong kiub.Sepatutnya biarkan sekeping tapi daun pisang yang ada tak cukup besar untuk bungkus sekeping  ikan.Perap ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  • Daun kunyit dimayang halus.
  • Kisar bawang putih,bawang merah,kunyit,belacan dan serai  hingga hancur.Gaul bahan-bahan kisar dengan kelapa parut ,garam,daun kunyit dan gula hingga sebati.
  • Masukkan potongan ikan.
  • Ambil ikan dan bumbunya.balut dengan daun pisang.Semat dengan lidi dan kukus hingga masak.
  • Hidang bersama dengan perahan asam limau kasturi.Siap untuk di gandingkan dengan nasi panas..yum..yum..
Komen:) ....Hmmmm sedap tak terkata-kata:)

12 comments:

  1. Assalamualaikum CM,
    pagi tadi tngk rancangan dapur nyonya TV3, ada resepi pais ikan, berangan terus nak buat.tapi takde daun pisang, lenkali nak buat ikut resepi ni..sedapnya tngk..

    ReplyDelete
  2. salam akak...saya pun suka ikan pais ni..tp kalo kat kg saya ada dijual ikan pais yang kecik2 macam ikan bilis tu...sedap...nostalgia semua tu...

    ReplyDelete
  3. masakan malaysia ke kak cek? tun mcm pernah ternmpk dlm buku koleksi masakan johor, tp bape sure pulak. xpernah makan lg pais ni. pernah dgr je.

    ReplyDelete
  4. eh.. salh taip rasanya td. nk tanya masakan johor ke.. hihi

    ReplyDelete
  5. salam..
    maaf saya katakan
    saya teak pernah makan
    lagi masakan sebegini..
    he he..kira JAKUN gak
    la nih..huhu..

    tapi kelihatan sedap je
    air tangan empunya blog nih

    ReplyDelete
  6. Oo.. ingatkan kena hancurkan ikan tu.. eh.. dah jadi serunding la pulak kan.. pais o pais...

    ReplyDelete
  7. sedapnya makcik cm ... nanti nk try la wat.. mohon halal resepi yer :)

    ReplyDelete
  8. Pais ikan kena pulak dengan hirisan limau,mertua lalu tak nampak hehehe...

    ReplyDelete
  9. cm, this looks so delicious..i hope i can try this one day!

    ReplyDelete