Sunday, November 13, 2011

Kuih Nian Gao

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Lihat lah ikan Carp Cm ni sepatutnya sepasang tetapi kerana tak sabar untuk keluarkan dari acuan ketika masih panas maka se ekor  ikan telah terjatuh ke atas meja dan terus penyet...sayangnya:(.Tinggal se ekor tanpa teman).Bagi masyarakat cina kuih Nian Gao ni tidak asing lagi  buat  mereka terutama bila tiba musim  perayaan tahun baru cina.
Apa bila melihat kuih ini anak bongsu Cm terus menjerit"eee tak mau makan..tak sampai hati nak makan...comelnya ikan ni"hehe.Terima kasih pada Lena dari blog frozen wing kerana berkongsi resepi yang sungguh menarik ini.Dah lama Cm nak cuba tapi sukar untuk dapatkan acuannya.

Bahan-bahannya:

200 gm tepung pulut.
100 gm tepung gandum.
25 gm tepung beras.
160 gm gula pasir.
400 ml santan kelapa.
150 ml air.
1 tbsp minyak jagung,
sedikit pewarna oren.
Cara-caranya:

  1. Ayak tepung  pulut,tepung gandum dan tepung beras.Ketepikan.
  2. Masak gula dengan 150 ml air hingga larut.Sejukkan.
  3. Masukkan 3 jenis tepung dan minyak jagung kedalam mangkuk .Masukkan santan sedikit demi sedikit kacau hingga sebati kemudian masukkan air gula dan kacau lagi agar sebati.Tapiskan.
  4. Ambik satu senduk adunan dan warnakan dengan warna oren.
  5. Sapukan sedikit minyak pada acuan.Masukkan sedikit adunan warna oren dan kukus selama 3-4 minit .Kemudian curahkan adunan warna asal kedalam acuan.Kukus hingga masak.
  6. Biarkan kuih betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan.

Komen:..Rasanya se akan akan kuih lapis tapi  kenyal seakan akan  dodol .Membuatnya tak susah hanya perlukan acuannya dan bahan-bahannya sangat senang.Insyallah Cm akan buat lagi pada Tahun Baru Cina ini:)pastinya ikan Carp yang ada teman hehe.Selamat mencuba.

10 comments:

  1. Waduh cantiknya cikmanggis, ayin mau dibuatin sama cikmanggis ah sepasang...

    ReplyDelete
  2. Kak CM,
    Cantiknya...sampai hati Kak CM potong makan..hahaha.Segan saya Kak..chinese but tak pernah ambil pusing nak buat kuih ni.Now that you have made this, semangat saya berkobar-kobar pulak nak buat kuih ni come next CNY.Have a great week, Kak CM.

    ReplyDelete
  3. salam kak nah cyg..ilah minat sgt pada ikan tapi tak sempat memelihara nya..tapi bila nmpak ikan kak nah..mmg tercantik kak...kretip tol kekanda kusss sorg nie...

    ReplyDelete
  4. selamat tengahari,kak! oh, you did it..i'm impressed! sungguh cantik sekali! apa pulak sudah jatuh yang seekor itu? haha! ya, masyarakat cina akan buat kuih macam ini semasa tahun baru cina, itu ikan ada auspicious meaning! kadang2 dekat pasar malam pun ada jual. thanks for the mention!

    ReplyDelete
  5. Salam cm....

    Cantiknya...kena cari acuan dulu baru boleh buat.

    ReplyDelete
  6. mak aih, sebijik macam dalam kolam tu....cantik

    ReplyDelete
  7. cantiknyer.....
    cm, kakpah nak datang pinjam acuan hehe..

    ReplyDelete
  8. Salam kak cm..
    Cantiknya... ingat tadi ikan betul atas pinggan.. hehe

    ReplyDelete