Sejak akhir-akhir ini Cm jarang masak nasi yang berperisa kerana sedang mengawal berat badan atas nasihat doktor.Tetapi si adik merungut katanya masakan mama kurang sedap hehe.jadi semalam Cm masak nasi karot khas buat nya.Alhamdulillah berselera betul...bertambah tambah.
Seperti biasa jika memasak menggunakan beras basmathi Cm akan rendam beras selama 1/2 -1jam agar nasi lebih cantik apabila dikukus.Cm lebih suka kukus beras basmathi supaya biji nasi tidak patah dan kelihatan sungguh cantik..panjang -panjang nasinya:).
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi-(rendam selama 1/2 jam atau paling lama 1 jam dengan sedikit serbuk kunyit.)
1/2 tin susu cair.
1 inci halia-tumbuk halus.
2 ulas bawang putih.-tumbuk halus
1/2 labu bawang besar.-dadu
1 batang kecil kulit kayu manis.
2 kuntum bunga lawang.
1 biji buah pelaga.
1/2 tbsp garam.
Sedikit minyak jagung untuk menumis,
2 tangkai cili hijau.-tumbuk kasar.
150 gm daging cincang.
1 tangkai daun ketmbar.
1/2 biji karot -parut kasar.
1 ketul kiub ayam maggi(optional)
Cara-caranya:
- Panaskan 6 cawan air hingga mendidih.Masukkan 1/2 tbsp garam dan 2 tbsp minyak jagung..
- Masukkan beras yang direndam tadi dan biarkan mendidih hingga beras 3/4 masak.
- Toskan beras dan ketepikan.
- Panaskan minyak jagung dan tumis kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bawang besar ,cili hijau dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi .Tumis hingga naik baunya.Masukkan daging cincang.Masak sehingga daging empuk.
- Masukkan beras dan gaul perlahan lahan agar sebati rempah rempahnya.Kemudian masukkan kiub ayam.
- Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sekejap atas api kemudian masukkan daun ketumbar dan parutan karot.
- Pindah beras kedalam pengukus dan kukus hingga nasi masak dan lembut.
- Sedap dimakan bersama kari ayam atau daging,telur rebus dan acar rampai.Selamat mencuba:)
dikukus rupanya ..nanti ilah try kak cm...patutlah nasi cantik
ReplyDeletedah lama mark rcp nasi carrot ni...memang nak cuba tp xde kesempatan lagi...memang nampak menyelerakan
ReplyDeletepatut cantik nasi tu... kukus rupanya.. cam stail nasi beriani..
ReplyDeleteehh lupa.. kak CM, nor kopi dan save dulu ya... tq :)
ReplyDeleteBaru tengah terfikir nak buat apa dengan karot yang bakal kena ambik cepat. Rasa nak buat ni nampak sedap sangat. Semenjak buat turkish carrot pilaf hari tu suka sangat masak nasi karot...hehehe..kalau tukar minyak jagung dengan olive oil boleh tak?
ReplyDeleteaduhhh.. nasi tu buat sy lapo tgh2 mlm ni.. thx share resepi. minta izin copy yer.. salam kenal juga dr sy. :)
ReplyDeletenampak sedap...lapar lak nengok nasi ni..hehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteerkk..laparnya tengok
nasi karot tu..yum yum..
mana nak carik ni erk..?
ilahjy..kukus lama sikit ya baru lembut.
ReplyDeleteCheq sue..cuba lah jika letak daging cincang lebih lg sedap.Insyallah.
ReplyDeleteK.Nor..masak biasa pun ok tapi bila kukus lagi cantik nasinya.Silakan..silakan:)
ReplyDeleteMalay Kadazan girl..Diana banyak tanam karot boleh lah masak nasi karot selalu.Rasanya jika tukar dengan minyak zaitunok je lagi sihat kan.
ReplyDeletesweetBites..silakan silakan:)
ReplyDeleteNieza..jemput makan hehe
ReplyDeleteZulkbo..hehe
ReplyDeleteWow love the look of your basmati rice. Such a long grain. Not all the basmati rice looks the same. Btw, they're really expensive.lol!
ReplyDeleteThanks again for another beautiful recipe.
Kristy