LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, October 29, 2011

Nasi Karot &Daging Cincang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sejak akhir-akhir ini Cm jarang masak nasi yang berperisa kerana sedang mengawal berat badan atas nasihat doktor.Tetapi si adik merungut katanya masakan mama kurang sedap hehe.jadi semalam Cm masak nasi karot khas buat nya.Alhamdulillah berselera betul...bertambah tambah.
Seperti biasa jika memasak menggunakan beras basmathi Cm akan rendam beras selama 1/2 -1jam agar nasi lebih cantik apabila dikukus.Cm lebih suka kukus beras basmathi supaya biji nasi tidak patah dan kelihatan sungguh cantik..panjang -panjang nasinya:).

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmathi-(rendam selama 1/2 jam atau paling lama 1 jam dengan sedikit serbuk kunyit.)
1/2 tin susu cair.
1 inci halia-tumbuk halus.
2 ulas bawang putih.-tumbuk halus
1/2 labu bawang besar.-dadu
1 batang kecil kulit kayu manis.
2 kuntum bunga lawang.
1 biji buah pelaga.
1/2 tbsp garam.
Sedikit minyak jagung untuk menumis,
2 tangkai cili hijau.-tumbuk kasar.
150 gm daging cincang.
1 tangkai daun ketmbar.
1/2 biji karot -parut kasar.
1 ketul kiub ayam maggi(optional)

Cara-caranya:


  • Panaskan 6 cawan air hingga mendidih.Masukkan 1/2 tbsp garam dan 2 tbsp minyak jagung..
  • Masukkan beras yang direndam tadi dan biarkan mendidih hingga beras 3/4 masak.
  • Toskan beras dan ketepikan.
  • Panaskan minyak jagung dan tumis kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bawang besar ,cili hijau dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi .Tumis hingga  naik baunya.Masukkan daging cincang.Masak sehingga daging empuk.
  • Masukkan beras  dan gaul perlahan lahan agar sebati rempah rempahnya.Kemudian masukkan kiub ayam.
  • Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sekejap atas api kemudian masukkan daun ketumbar dan parutan karot.
  • Pindah beras kedalam pengukus dan kukus hingga nasi masak dan lembut.
  • Sedap dimakan bersama kari ayam atau daging,telur rebus dan acar rampai.Selamat mencuba:)

16 comments:

  1. dikukus rupanya ..nanti ilah try kak cm...patutlah nasi cantik

    ReplyDelete
  2. dah lama mark rcp nasi carrot ni...memang nak cuba tp xde kesempatan lagi...memang nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  3. patut cantik nasi tu... kukus rupanya.. cam stail nasi beriani..

    ReplyDelete
  4. ehh lupa.. kak CM, nor kopi dan save dulu ya... tq :)

    ReplyDelete
  5. Baru tengah terfikir nak buat apa dengan karot yang bakal kena ambik cepat. Rasa nak buat ni nampak sedap sangat. Semenjak buat turkish carrot pilaf hari tu suka sangat masak nasi karot...hehehe..kalau tukar minyak jagung dengan olive oil boleh tak?

    ReplyDelete
  6. aduhhh.. nasi tu buat sy lapo tgh2 mlm ni.. thx share resepi. minta izin copy yer.. salam kenal juga dr sy. :)

    ReplyDelete
  7. nampak sedap...lapar lak nengok nasi ni..hehe

    ReplyDelete
  8. salam..
    erkk..laparnya tengok
    nasi karot tu..yum yum..
    mana nak carik ni erk..?

    ReplyDelete
  9. ilahjy..kukus lama sikit ya baru lembut.

    ReplyDelete
  10. Cheq sue..cuba lah jika letak daging cincang lebih lg sedap.Insyallah.

    ReplyDelete
  11. K.Nor..masak biasa pun ok tapi bila kukus lagi cantik nasinya.Silakan..silakan:)

    ReplyDelete
  12. Malay Kadazan girl..Diana banyak tanam karot boleh lah masak nasi karot selalu.Rasanya jika tukar dengan minyak zaitunok je lagi sihat kan.

    ReplyDelete
  13. Wow love the look of your basmati rice. Such a long grain. Not all the basmati rice looks the same. Btw, they're really expensive.lol!
    Thanks again for another beautiful recipe.
    Kristy

    ReplyDelete