LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, October 3, 2011

Macaroni Sup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apa khabar kawan kawan Cm yang disayangi :) semoga ceria-ceria selalu ya...beberapa hari tiada posting masak masak...bukan tak masak ya tapi terlalu sibuk hingga tiada masa nak ambik gambar makanan yang dimasak.Bila siap makan baru teringat hehe..Jom lihat menu Cm untuk makan tengahari nanti..dah siap.....sebelum tu nak ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat baik Cm Puan Neo kerana banyak membantu,memberi semangat dan motivasi ketika Cm sangat sangat memerlukannya.Allah sajalah yang dapat membalasnya....
Bahan-bahannya:

1/2 ekor sotong potong bulat.(sotong besar ni Cm beli sekor rm8/
6 ekor udang-buang kulit.
1 batang pokok sawi.
1/2 batang celery
3 ulas bawang putih-ketuk
1/2 batang karot-potong bulat.
Sedikit daun sup
1 cawan macaroni
Sedikit bawang goreng.
1 ketul kiub  ayam
 1 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan 3 cawan air .Biarkan mendidih baru masukkan sotong,udang,kiub ayam,serbuk lada hitam ,garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan macaroni(yg direbus terlebih dahulu).
  • Akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi.
  • Hidang bersama potongan daun bawang dan bawang goreng
Nak selitkan gambar si Adik yang teringin nak cuci kaki..katanya kakinya kotor nak suruh  ikan bersihkan.
10 minit =5 rm

10 comments:

  1. hmmm.. yummy yummy..
    ikan yang gigit adik tu kecik jer. ikan sungai yang gigit kaki kpah masa kat sabah haritu, sebesar lengan. terjerit-jerit dan terloncat-loncat kpah dibuatnya. Eee.. takde lah aku berani lagi.

    ReplyDelete
  2. erm...macik manggis, sya budak baru belajar nak tanya neh:::kiranya sup tu jenis sup clear la ek mkn ngn macaroni tuu...
    bukan yg creamy2 tu ek????

    ReplyDelete
  3. akak..nak semangkuk..
    sedappnya tengokk...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pula terlintas nak guna macaroni untuk sup. Bagus idea ni. Thanks CM. lain kali kalau saya asyik terlupa tak de stock mee/bee hun saya pakai macaroni. Diana pun teringin nak cuba spa ikan..hehehe..

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk macaroni sup tu kak..hirup kuah panasx2 lak tu.slurpp..:)

    wah tak geli ke si adik tu kena gigit ikan tu kak? tapi bagusla utk kesihatan tu.

    ReplyDelete
  6. Assalam cikmanggis,
    waduh hujan2 dapat hirup kuah macaroni sup ni ditambah lagi dengan cili padi jeruk memanglah terangkat punya..hahah sedap nampaknya tu cikmanggis...thanks ya kak for the wishes untuk hasif tu..

    ReplyDelete
  7. Salam Kak CM...Saya suke sup2 macam ni....tak kiralah buh mee atau mee hoon..Tapi guna macaroni mesti bestkan....ada rasa kenyal2 gitu masa menguyahnya

    ReplyDelete
  8. boleh try idea macaroni sup CM ni...tq..

    ReplyDelete
  9. thanks kak ..sedap ye..ringkas dan mudah

    ReplyDelete