Tuesday, August 23, 2011

Cornflakes Meringue Cookies

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Dah siap solat subuh ke?Alhamdulillah pagi ni kami tak ke surau hanya bersolat subuh dirumah je.Penat yang tahap maksima.maklum lah ini lah minggu terakhir berpuasa.Setiap pagi bangun pukul 4 pagi untuk meyediakan makanan bersahur.Pagi ni jika ikutkan persaan memang tak boleh bangkit dari katil.Semalam "Pembantu" Cm mogok jadi terpaksa cuci pakaian secara manual...ya Allah penatnya rasa nak tercabut bahu ni...Selamat tinggal "pembantu" yg setia selama 8 tahun.......
Ini lah satu lagi biskut yang dihasilkan dari  Cornflakes yang Cm buat beberapa hari lepas.Biskut ni tak guna tepung.Sungguh ranggup.Terima kasih Inahar...Cm ambik resepi dari dapur Doktor Inahar minta izin nak C & P resepinya ya....Terima kasih juga buat liza kerana mengesyorkan resepi ini.Alhamdulillah.Sedap dan murah bajetnya(mesti nak jimat  je ni )....

Bahan-bahannya:


  • 220gm Cornflakes
  • 125gm Choc Chips
  • 150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
  • 3 Biji Putih Telur
  • 1-2 Sth Vanilla Esen
  • 60gm Almond Sliced

Cara-cara:
  1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
  2. Masukkan gula sikit2 hingga habis
  3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
  5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)




Kepada kawan-kawan yang nak mencuba resepi ni selamat mencuba:)...cepat dan senang..Insyallah.

11 comments:

  1. Makcik Manggis,
    cornflakes meringue ni memang sgt2 sedap nya kan. I pun buat last week, dah nak habis stock dimakan dek budak2 ni aje. Memang kena buat lagi sebelum raya ni :-).

    ReplyDelete
  2. wah nampak sedaaap.... mudah plak tu.... cantik cookies tu..

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok cornflakes tu kak cm...
    cantik lak tu..

    ReplyDelete
  4. Pagi CM,

    patut lah dari jauh dh berbau cornflakes...yg senang2 ni lah yg menjimat masa kan CM??

    ReplyDelete
  5. mmm kuih raya... cantiq n sedap tu.. rajinnyer wat kuih.. nak join semua2...

    ReplyDelete
  6. uwaaaa nmpk mudah dan sedap biskut ni..leh cuba ni..tq.

    ReplyDelete
  7. Raya sudah nak dekat ni! Agar CM sedang rajin membuat kuih muih raya. Btw, you make any dodol? Do send me some! haha....
    Selamat berpuasa, CM.
    Blessings, Kristy

    ReplyDelete
  8. Cikmanggis dah berapa jenis kuih raya buat ni? Seronok juga buat kuih tak pakai tepung sekali-sekala kan.

    ReplyDelete
  9. Salam.
    Nak tanya masukkan dlm oven gunakan api atas bawah atau pilih mode: baking?

    ReplyDelete
  10. nak tanye sis,dah cube nape bila dh sejuk tak ranggup?

    ReplyDelete