Tuesday, August 16, 2011

Ayam Panggang Istimewa:)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Alhamdulillah dah 16 hari kita berpuasa.Sekarang dah terasa dan terbau bau kuih raya.Terima kasih Liza sebab bagi Cm rasa kuih raya tu..yum yum..sekelip mata lenyap dari pandangan hehe.Anak anak kata sedappp sangat.

Hari ni Cm masak Ayam Panggang Istimewa.kenapa "istimewa"? sebab sungguh sedap:) .....(masuk bakul angkat sendiri ni).Anak anak kata sedap.:)..kebetulan Angah dan suami berbuka dengan kami......lagi ramai lagi meriah.....

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibelah dua.
2 inci halia-tumbuk
5 ulas bawang putih-tumbuk
3 tangkai daun rosemary.
1 tbsp lada hitam-ketuk kasar.
3 tbsp kicap pekat.
3 tbsp sos tiram.
1 tbsp perasa ayam maggi.
2tbsp sirap gula melaka(pekat)
1 /2  tbsp madu
3 tbsp butter.
sedikit garam.
2 labu bawang besar-panggang.-kisar
1 labu bawang putih -panggang.-kisar.

Cara-caranya:

  • Ayam dicuci bersih dan diperap dengan garam,madu,sos tiram,sos perasa ayam maggi,lada hitam,kicap manis,sos tiram,halia tumbuk,bawang putih tumbuk,,sirap gula melaka dan madu selama 3-4 jam dan simpan  dalam peti sejuk.
  • Letak ayam atas redai seperti gambar diatas dan alas dengan dulang untuk tadah air ayam yang keluar semasa proses memanggangnya nanti.Taburkan dengan daun rosmary.
  • Bakar hingga perang atau masak.Balik balikkan agar ayam masak dengan sekata dan sapu dengan butter.
  • Sementara ayam dipanggang ambil  lebihan air yang digunakan untuk perap ayam tadi.Kisar dengan bawang besar dan bawang putih panggang.Kemudian siram atas ayam dan bakar lagi hingga ayam betul-betul masak dan bahan-bahan kisar tu meresap pada ayam.
  • Siap untuk dihidangkan bersama kentang putar dan salad.

Sesiapa yang ingin mencuba Ayam Panggang istimewa ni..selamat mencuba ya:)

13 comments:

  1. tgk pun dah tau sedaaap.... terliur d buatnya...

    ReplyDelete
  2. CM, tengok pun dah tempting. sure seddap lah kan.

    ReplyDelete
  3. Salam kakak manisss!! sedapnyer ayam panggang tu kak! alaaa rosemary tak de lah nak buat ari ni! nmpk sgt sedap tu kak! tak leh jadik niii dah terbekenan sgt2 niii :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum CM

    mmg pun nampak sedap,daging nya nampak moist gitu..itu yg sedap mengunyah....

    ReplyDelete
  5. amboi cikmanggis..sedapnyer...nak cuba lah jugak..mintak resepinyer yer..nnt dah masak saya upload gambar kat blog saya heheheee

    ReplyDelete
  6. nampak pun dah tahu istimewa cm.. fuhh sedap nyerr

    ReplyDelete
  7. Assalam cm,
    memang sedap nampknya ayam panggang cm tu,
    lagi lah seronok bila ramai2 dapat berbuka sama2..aduh kecur ni..

    ReplyDelete
  8. Salam makcik..nampak sedapnya ayam panggang tu, pasti pakai rosemary dari kebun makcik sendiri kan?

    ReplyDelete
  9. salam..
    singgah lepas berbuka
    takut sakit mata, tak tahan..
    he he..sedapnya ayam tu :)

    ReplyDelete
  10. Oooo...pasti anak2 CM dah tak boleh tahan bau yang harum tu. Slurp....
    Kristy

    ReplyDelete
  11. Salam cm...Terliur betul dibuatnya... memang makanan kegemaran anak2.

    ReplyDelete