Thursday, July 21, 2011

Bergedil Ayam Bersalut Oats

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah kesihatan dah hampir pulih seperti sediakala.Suara pun dah tak serak seperti penyayi rock hehe.Sebelum ni kawan kawan usik katanya suara Cm cam Rock kapak ....Pertama kali Cm batuk yang lama hampir sebulan lebih,batuk sehingga hilang suara.......
Anak bongsu Cm dan Abahnya tak suka makan daging..jadi pagi ni Cm masak Bergedil Ayam Bersalut Oats.Tukar dari resepi daging kepada ayam.Semua bahan-bahan dah ada dalam peti sejuk...sebenarnya jika berlaku kecemasan tak boleh keluar rumah kami anak beranak mampu bertahan sehingga 2 minggu jika di nilai dari stok makanan yang ada dalam peti sejuk kedua Cm hehe...sebut je apa...ayam,daging,ikan bilis,telur,ikan ..entah kenapa bulan ni cm beli 2 kampit beras......sayur petik je kat keliling rumah:)..jom kita lihat bahan-bahan untuk resepi Bergedil Ayam ni.....

Bahan-bahannya:
3 biji kentang-potong dan goreng hingga masak kemudian  ditumbuk hingga hancur.
1/3 cawan bawang goreng.
1 biji telur.
1 tangkai daun sup.
1 tangkai daun bawang.
1 tangkai daun ketumbar.
1 tsp rempah beriani.
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 tiub daging ayam cincang(250gm)

1 biji telur-untuk salut.
Oats secukupnya-untuk salut.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

Masukkan rempah beriani dan bawang goreng.
Daun sup,daun bawang dan daun ketumbar.
Daging Kisar.
Pecahkan sebiji telur dan masukkan garam serta gula secukup rasa.
Gaul hingga rata.Kemudian betukkan bulat-bulat atau mengikut selera masing-masing.Golekkan kedalam telur dan salutkan dengan oats.Goreng hingga masak atau perang warnanya.


Ok selamat menjamu selera ya....

13 comments:

  1. wahh.. sedap nyer.. wat frozen pun ok kan nii.. senang nk makan time malas nk masak.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum CM

    sihat ke?? Lama nur tk singgah sini...mcm windu pulak...hehe...

    begedil nie lain dari yg biasa selalu org buat...nampak sedap gitu...boleh masuk list dulu...haha...tq for sharing ya!

    ReplyDelete
  3. sedapnya. Ni belum sempat hidang dah habis kena makan ni...

    ReplyDelete
  4. mas suka bergedil...
    cicah ngan sos sedappp tu....

    ReplyDelete
  5. Wah kat sini bergedil sihat juga pakai oats sangat kreatif.

    ReplyDelete
  6. salam kak..senang2 nanti jenguk la dapur saya..link akak ada di sana...i follow...

    ReplyDelete
  7. sedapnyer kak...lama tak buat cenggini

    ReplyDelete
  8. CM, bagus juga sesekali tukar ayam gantikn daging lembu tu.. Daging putih sebenarnya > baik berbanding daging merah..less fat..
    Begedil tu still yummy kan w/pun guna daging ayam..emm..best..

    ReplyDelete
  9. salam cm.. sedap yg amat ini! tunjuk pulak langkah demi langkah.. kalau rajin t praktis buat.. ngeeeee...

    ReplyDelete
  10. hello cm, saya suka Cm tunjuk step by step photo and intructions, very helpful!

    ReplyDelete
  11. makanan dah sedap...tapi ada satu kurang...tak ader maryam...he he he

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum CM

    Wah nampak sedap nie...boleh lah cuba nanti...Nur masuk list dulu...thks for sharing recipe ya...eh sihat ke CM??

    ReplyDelete