Saturday, June 25, 2011

Moist Yogurt Chocolate Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semasa singgah ke dapur Along Roz Cm tertarik sangat dengan Moist  Sour Cream Chocolate Cake yang ada kat dapur Along tu..nampak sungguh menarik sekali.Bila teliti bahan-bahannya ,semuanya ada dalam stok Cm kecuali sour cream.Jadi Cm ganti Sour Cream dengan Yogurt yang dah nak sampai tarikh luput  beberapa hari lagi... jangan membazir ya.....terima kasih Along Roz kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh menarik ini.Cm nak minta maaf banyak-banyak sebab dah "derhaka" pada resepinya:)p...kek ni memang Ummmpph!!!! memang sedap ..tak tipu..memang sedap hehe...jika tak percaya ..cuba lah...
Besok hari sabtu selalunya anak-anak dan menantu akan datang berkumpul jadi rasanya kek ni tak jadi masalah..pastinya ada peminatnya nanti:).....anak-anak memang suka kek coklat  seperti ini.

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.
Cara-caranya:
  • Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
  • Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul  lagi hingga rata dan sebati.
  • Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
  • Bakar hingga masak.
  • Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
Chocolate ganache

450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)

  • Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati
  • Biarkan  betul-betul sejuk baru sapukan pada kek...selamat mencuba.

*kepada kawan-kawan yang sudi singgah dan tinggalkan komen..terima kasih..Insyallah Cm akan balas perlahan-lahan ya:) dan Isyallah bila keadaan "reda" sikit akan Cm buat kunjungan balas....sibuk "bebenor "....Selamat berhujung minggu semua...ooppss..tak lupa terima kasih pada Zuhri kerana tolong mama ambik gambar kek ni:)

    14 comments:

    1. CM, cantiknyer kek tu..dah tentulah sedap ni...:)

      ReplyDelete
    2. salam CM...

      Amboi merelit2 topping kek tu... terliur pulak tengoknya...

      ReplyDelete
    3. fuyoooo... cantik nya. teliur dah ni.
      kakpah bawak balik resepi ni. err.. kek pun bawak balik gak sikit nak rasa.
      tenkiu. nak buat lah..

      err.. cm. air apa yang tua cm. tak dapat cari jawapan lah.

      lagi satu.. cm ada fesbuk tak. nak chat sikit..

      ReplyDelete
    4. tak tahan tgk kelazatan kek CM ni...masuk list dulu..TQVM

      ReplyDelete
    5. kak cm ikan haruan ada kat giant permata melawati jalan ke zoo negara tuu

      ReplyDelete
    6. akak,, topping tu mmg terbaik! ^^

      ReplyDelete
    7. perhhh..mengancammmnya kek tu....

      ReplyDelete
    8. wallahhh mengancam ketenteraman betol tgk kek nie :)

      ReplyDelete
    9. Owh my owh my!!! That's one scrumptious cake kak...loved the glazing :)

      ReplyDelete
    10. Amboi, sedapnya rupa kek ni! Bookmarked it for later use. Thanks again for sharing.
      Kristy

      ReplyDelete
    11. sedapnya nampak kek nie.. thanks for sharing..(^^)

      p/s:http://scarf-collections.blogspot.com/ (best price)(^^)

      ReplyDelete
    12. kak cm...dtg nk bgtau..ida dh cuba buat kek ni, pakai yogurt gak..maceh byk2 ye kak...sedap banget!

      ReplyDelete
    13. Your cake definitely taste good from the picture speaks for itself.. I just wander the sugar Content of 2 1/2 cup would it be too sweet?

      ReplyDelete