Wednesday, May 18, 2011

Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Beberapa hari tak buka blog ni rasa seperti lama betul.Cm berada di kampung Selama 3 hari .Rasa sangat singkat.Banyak benda nak di buat maklum lah kedua orang tua Cm dah tak larat nak melakukan kerja-kerja menyapu dan mengemas kat luar rumah...penuh dengan daun-daun gugur..jika berada 1 minggu pun belum tentu dapat siap  kemas keliling rumah tu.... .Ayah Cm memang tak mahu tinggal dengan anak-anak...Cm faham sebab Cm pun tak mahu tinggal dengan anak-anak jika tua nanti..mudah-mudahan sihat tubuh badan hingga ke akhirnya..amin....Rumah ku syurga ku:)
Ini lah pengukus yang Cm beli masa kat kampung untuk menggantikan kukusan lama kat sebelahnya tu...Dengan susah payah dok usung kotak pengukus dari Klia ke stesen Erl nak ke Putrajaya..dah la ada 3 bags yang padat dengan pakaian dan di celah celah pakaian tu ada macam macam..mangkuk besi,tempat telur ..berat btol...suami Cm yang sangat penyabar tu pun mula mengemukankan soalan soalan cepu emas hehe............Tak ada ke periuk ni kat Kl.......ada ..kt kb harganya rm 79 untuk saiz 34 inci...    (jawapan entah apa apa orang bersalah)......kat Kl berapa...       lebih kurang je kot.....Aikkk habis  tu kenapa nak pikul benda ni jauh jauh...sambil ngeleng kepala....sebenarnya Cm tak de jawapan..jika boleh nak beli semua barang barang dapur kat kedai di Lundang tu:)..teruknya...

 Ini lah bahan-bahan untuk masak kek kukus asam manis ni....

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk biskut tawar
4 biji telur.
3/4 cawan butter.
1 tsp ovelet.
2 tbs susu pekat manis.
Haw flake secukupnya.
3 /4 cawan gula halus.

Cara-caranya:
  • Satukan susu pekat manis,gula halus,telur dan ovelet  kedalam mangkuk dan pukul hingga gebu.
  • Kemudian masukkan butter dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan serbuk biskut tawar dan kacau hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu warna kuning dan sebahagian lagi warna hijau.
  • Panaskan pengukus .Sapukan loyang dgn sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Masukkan 2 sudu makan adunan hijau dan ratakan.Kukus hingga masak.Kemudian aturkan asam manis diatasnya.Sudukan adunan kuning pulak.Kukus lagi hingga masak.
  • Lakukan proses yang sama hingga selesai...

Kek yang tak berapa cantik lapisnya masa potong ni kek belum sejuk lagi.Masih panas kerana  tak sabar-sabar nak makan......Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah dan tinggal komen.Insyallah lepas operasi dobi mendobi ni akan Cm buat kunjungan balas...Terima kasih Semua:)




18 comments:

  1. Makcikkkk!!! sya mau sya mau sya mau!!!!! :D sedap tu panas2 macehhhh!!!

    ReplyDelete
  2. Sis, kompem jadi eh? utk 1 lapisan, agak2 brape minit kne kukus eh?

    ReplyDelete
  3. kak,kita pernah buat kek nie,tapi tak jadi dan tak sedap..terkulat kulat nak menghabiskan sayang nak buat...hehehehe ni akak dah tunjuk kira baikkk tu..maceh yer

    ReplyDelete
  4. Rindu kat CM. Kek ni nampak menarik, tapi ovelat tu apa? CM sempat beli benih?

    ReplyDelete
  5. ika..datang kat dapur Cm ya..kat tepi tingkap tu ada satu tupperware untuk ika:)

    ReplyDelete
  6. El lynn..Insyallah jadi..sekejap je kukusnya.lebih kurang3-4 minit je setiap lapis...Jika lapis nipis lagi cepat.

    ReplyDelete
  7. norlie..ada rasa masam-masam manis gitu:)

    ReplyDelete
  8. kakAsma..insyallah resepi ni jadi.Jangan simpan dalam peti sejuk.Tak sedap.biarkan kat luar.Tapi tak boleh simpan lama .

    ReplyDelete
  9. Malay-Kadazan Girl..kita pun rindu jugak ..kt kampung tiada internet.Sedih sebab tak dapat beli benih.Suami sangat busy kerja(suami ada kerja kt kb)Cm tak pandai pandu kereta manual dan tak mahir jalan kat kb..frust btol:(

    ReplyDelete
  10. Salam KakCM. Wah, best nyaa.... kaler pun menyelerakan. Lagi sedap sbb peyuk baru, jauh lak usung t...hehe. Nanti kalau mood tak sibuk, nak cuba sbb hb Along suka kek cam ni.

    ReplyDelete
  11. haha jauhnya beli piyuk. kat seksyen 8 bbbangi ni sebelah cimb ada kedai jual piyuk dan macam2. cm penah pegi tak.. tapi mungkin harga tak dapatlah macam yang cm beli tu.

    orang yang rajin je selalu buat kek lapis ni. kita malas sebab kena tunggu sampai habis.

    ReplyDelete
  12. Welcome back CM! Suami saya pun penyabar tapi kalau bawak balik pengukus macam ni, sure kena "interview!" :) Cantiknya rupa kek ini, tak pernah cuba masukkan haw flakes dalam masakkan, tau makan gitu aje.

    ReplyDelete
  13. malay -kadazan girl..oh lupa..ovelet tu merupakan sejenis cake emulsifier..

    ReplyDelete
  14. Along..hehe dah kena soal siasat sb piyuk tu:)

    ReplyDelete
  15. kakpah..ya Cm pernah pi dulu.semua benda ada.Periuk yang sebesar-besar periuk pun ada.Tak pasal-pasal kena tegur dek bos sb periuk kukus tu:)

    ReplyDelete
  16. Shaz..terima kasih shaz..hehe orang tua yg degil ni:)..Cm suka rasa kek ni sb ada rasa masam dan manis.

    ReplyDelete
  17. lynn dah cuba 3 kali.. kali ke tiga tukar butter to minyak jagung.. lebih lembut dan gebu. Satu tray sekali jalan, licin! Proses senang cuma bab melapis tuh kena berperingkat. yg akak ni punya mesti la lagi sedap kan, sebab periuk nyer bau kedai! he he..

    ReplyDelete