Sunday, April 17, 2011

Sagun

Salam dan selamat petang.Tiap-tiap hari Cm akan menalipon emak di kampung.Jika tak dengar suaranya setiap hari rasa tak senang duduk.Alhamdulillah bila kedengaran suara nyaring mak kat hujung talian hati rasa lega,tandanya mak sihat.alhamdulillah.
Selepas bertanya khabar emak dan ayah,tiba-tiba terasa nak makan sagun,jajan kami orang dulu-dulu.Mana ada chipsmore ke,cikedis ke atau seangkatan dengannya.Sagun dijual dalam bungkusan kertas warna warni.Satu batang harganya 5 sen.Rasanya anak-anak zaman sekarang memang dah tak kenal apa itu Sagun.Jom lihat bagaimana nak buat Sagun:)

Bahan-bahannya:
1 biji kelapa parut -bahagian putihnya.
200 gm tepung beras.
50 gm tepung pulut.
1/2 tsp garam.
80-100 gm gula pasir.
Cara-caranya:
  • Goreng kelapa tanpa minyak hingga perang -ketepikan.
  • Satukan tepung beras dan tepung pulut.Goreng tanpa minyak hingga ringan.
  • Satukan semua bahan-bahan diatas hingga rata,
  • Masukkan gula dan garam.
  • Masukkan bahan-bahan diatas kedalam pengisar kering.Kisar kasar.
  • siap:) pastikan semasa makan anda tidak bercakap atau ketawa kerana sagun akan dengan senangnya tersembur:)...habislah memutih muka anda!

Resepi asalnya Cm ambik di Myresipi tapi Cm telah ubah suai sikit.:)..Terima kasih My Resipi.

9 comments:

  1. Wah, sudah lama tak lihat sagun! Kami panggil ni "sesagun". Dulu, masih kecil, semasa tinggal di kampung, keluarga miskin, mak selalu buat sesagun untuk dijual masa perayaan Chinese New Year! Lakunya tapi penatnya! Dulu tak ada blender, kami tolong mak tumbuk dengan lesung! Penatnya!

    ReplyDelete
  2. laaaa... nama dia sagun rupanyer.. masa kecik2 dulu selalu mkn, mmg tersembur laa kalau nk tergelak smb makan tu.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Teringat masa kecik2 arwah mak selalu buat.

    ReplyDelete
  4. salam..
    lama dah tak makan sagun..
    bila di kenang mesti nak
    ketawa..mulut penuh, bercakap
    bersembur keluar..he he

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernak makan sagun ni. Untungnya anak-anak CM dapat rasa ibunya buat makanan snack zaman dulu-dulu ni. Tapi pernah dengar suami cerita pasal makanan ni masa zaman kanak-kanak dia dulu.

    ReplyDelete
  6. Kitchen flavour..Hi Joy:)wah Joy pun tahu kuih sagun ni ya..btol zaman dulu mana ada blender jadi kena tumbuk dalam lesung yang besar.Bila ingat kembali sunguh seronok kan:)

    sofea..teringin nak makan:)

    tun-telani..memang kena hati hati masa makan tak boleh bercakap:)

    Zaitun..salam Zai..terkenang!

    Zulkbo..salam Zul.makanan orang dulu-dulu.Anak-anak zaman sekarang dah tak kenal.

    Malay kadazan girl..orang belah pantai timur memang tahu sagun ni.sebenarnya agak terkejut semalam sebab suami dan anak suka makan sagun ni..geli hati sebab muka dorang comot kena sagun ..bercakap masa makan hehe

    ReplyDelete
  7. Dah lama saya tak makan sagun ini, agak-agak dalam 20 tahun.Dulu emak buat, tumbuk dalam lesung,,,,penat...

    ReplyDelete
  8. Makan Sagun aka sa'gong ni bahaya juga,boleh tercekik sebab benda tu jam kat tekak peh tu cakap tak kuluar suara arrk arrrk

    ReplyDelete