Sunday, April 17, 2011

Kopi O kaw kaw

Selamat pagi semua!!Alhamdulillah setelah  dok bising bising semalam tak dapat nak sidai kain kerana cuaca redup hari ini Alhamdulillah...matahari bersinar terik walaupun baru pukul sembilan pagi.....dah sarapan ke belum?pagi-pagi selepas solat subuh  Cm masuk ke dapur nak tengok apa yang ada untuk sarapan.Bila buka bungkusan roti  hmmm roti dah expired dah berkulat.Terkenangkan menantu Cm..jika ada Johann roti tak akan berkulat sebab beliau bersarapan dengan roti tiap-tiap pagi.,,,,
Entah kenapa bila lihat sepasang cawan lama kopitiam ni terasa nak minum kopi pulak.Kami sekeluarga agak jarang minum kopi sebab tu kopi disimpan dalam freezer untuk mengelakkan jadi keras seperti batu.Cm minum kopi Muar tapi anak-anak lebih suka minum kopi segera.Semasa bersarapan tadi suami Cm cakap terkenang semasa kanak-kanak dulu beliau keluar bersarapan dengan ayah di kopitiam kat Bentong.Tuang kopi kedalam piring pastu hirup.Katanya sedap betul tetapi kenapa bila lakukan sekarang tak sedap hehe.Zaman kanak-kanak semuanya terasa Indah.makan nasi dengan ikan masin pun sedap tapi bila umur dah 1/2 abad lebih ni selera agak memilih.

Semasa Cm kanak-kanak dulu (48-49 tahun yang lalu) di pasar besar Kota Baharu ada jual belalang goreng.Ohhh sedap sungguh rasanya.Lemak-lemak..lebih sedap dari udang.Tetapi jika sekarang makan belalng goreng boleh termuntah hijau.Begitu juga dengan belut. Cm pernah  beli belut kat Pasar Bentong dan balik masak..semua orang takut nak makan ....
Hari tu masak takoyaki ,Kebetulan  ada lagi lebihan sos takoyaki dalam peti sejuk....dengan bahan-bahan yang serba kekurangan Cm buat satu adunan untuk sarapan.Ok sedap tapi Cm anggapnya sebagai cekodok moden bukan takoyaki:).Banyak bahan yang tak ada.

Minggu depan majlis akad nikah Angah jadi Cm agak sibuk dengan persiapan untuk majlis tersebut.Walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan dan hanya keluarga terdekat je yang hadhir namun kena juga bersiap-siap.Ini merupakan kali kedua Cm adakan majlis akad nikah dirumah jadi perasaan tak seperti yang pertama dulu ketika atiqa kahwin.Kali ini lebih bersedia.Doakan lah agar majlis akan berjalan dengan lancar.Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan olehNya.Selamat berhari minggu.Ceria-ceria selalu.

4 comments:

  1. Assallamualaikum Cm..
    Wah dah nak dapat menantu ke 2.. CM, kalau tak nak kopi keras, kena simpan dlm peti sejuk rupanya ye.. Kopi kt umah naz selalu keras sbb jarang sgt buat dok simpan dlm almari dapor jer.. Lepas ni kalau nk simpan serbuk kopi kena simpan dlm peti ais la ye..

    ReplyDelete
  2. masa tun kecik2 dulu penah makan belalang goreng!!! kg mama kt bachok.. mmg jakun betul nengok sepupu bw blk belalang goreng. mula2 takut nk mkn, pastu dh dpt satu, jd mcm snek mkn satu plastik! hihi..tu pun dlm 10-15 thn dulu laa.

    ReplyDelete
  3. Naz..alhamdulillah:)..oh ya jika tak nak bagi kopi keras simpan dalam freezer.

    ReplyDelete
  4. tun-telani..eh tun orang kelate ko?mmg dulu-dulu belalang goreng makanan yang terkenal di pantai timur.sekarang dah pupus..belalang dah lari:)

    ReplyDelete