Friday, March 26, 2010

Pandan mochi cakes

Sangat sedap dimakan semasa ianya masih panas. Salam dan selamat sejahtera.Kali ni cm nak kongsi resepi kek yang sangat unik namanya "matcha mochi cakes".resepi ni cm ambil dari blog nasi lemak lover .Ini kali pertama cm jumpa resepi kek yang dibuat daripada tepung beras pulut.Hasilnya memang tidak mengecewakan....tapi kan cm ubah sikit resepinya tu..sori Sonia ..kita tukar bubuh pandan paste sebab tak ada serbuk matcha.. dan namanya bertukar jadi "pandan mochi cakes"....tetap sedap! thanks to you sonia. jom kita lihat bahan-bahannya: 220 gm tepung pulut 8 gm marcha(cm ganti dengan 1 tsp pandan paste) 85 gm unsalted butter-melted 145 gm gula castor 180 gm susu cair (cm guna fresh milk) 2 biji telur 1 tsp baking powder kacang merah rebus secukupnya (cm guna ready made kacang merah untuk inti pau) Cara-caranya:)
  • Ayak tepung pulut dan baking powder.
  • Pukul telur dan gula hingga kembang,masukkan susu dan butter kacau hingga rata
  • Masukkan tepung pulut dan pandan paste.
  • panaskan oven 180c.
  • Masukkan adunan dalam cawan muffin.Tabur dengan kacang merah rebus
  • Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.

3 comments:

  1. Salam Makcik, kalau saya pulang ke KL boleh dijemput ke rumah makcik ke? :)

    ReplyDelete
  2. dear 3 hungry tummies..you are from kl?great.you are welcome:) this is my emel sapinahsan@gmail.com nnt dapat makcik masak makanan kegemaran tummy:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih makcik! Saya dari Cameron Highlands.

    ReplyDelete