Monday, March 29, 2010

Jom makan Tengahari:)

Ulam daun kemangin,kacang panjang,timun,daun selom dan daun pudina dengan sambal belacan..fuh!!tak boleh bayangkan berseleranya lunch tadi.(nota untuk atiqa:dont worry..mama makan nasi sikit je..lauk dan ulam lebih hehe semuanya very healthy:) Pucuk salam sedap dibuat ulam atau makan dengan laksa atau nasi ulam Thai fried chicken(gai thod) 1 kg ayam-potong ikut selera masing masing 5 batang akar ketumbar-bersih dan cincang halus 10 ulas bawang putih 2 tbsp biji lada putih 1/2 tbsp garam sedikit sos tiram sedikit sos ikan(nampla) serbuk cili 3 tbsp air 1/2 cawan tepung beras Cara-caranya:)
  • Tumbuk dengan lesung batu :) akar ketumbar,bawang putih dan lada sulah hingga hancur.
  • Campurkan dengan sedikit air dan gaul pada ayam hingga rata.Masukkan sos ikan dan sos tiram,garam dan serbuk cili.Perap lebih kurang sejam atau paling eloknya semalam.
  • Taburkan tepung beras,Gaul hingga rata,Goreng dengan api yang sederhana.
Nota:Terima kasih Tammy dari 3 hungry tummies kerana kongsi resepi ini.Anak cm sangat suka ayam goreng ala thai ni.Ini merupakan kali kedua mencubanya.Memang berbaloi-baloi:) ikan kembung bakar Budu+cili api+bawang hiris dan sepotong limau nipis Masak lemak pucuk paku &perut Santan pekat(thick coconut milk)kesian ada seorang kawan cm translate kt google santan pekat =condensed milk... 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 labu bawang besar(untuk pekatkan kuah jika guna santan lebih tak payah bubuh bawang besar ni) 3 biji cili api(jika suka pedas bubuh lebih) garam gula 1 tsp serbuk kunyit atau 1 inci kunyit hidup 1 cawan santan pekat(kita guna 2 tbsp santan ) Cara-caranya:
  • Blend semua bahan-bahan diatas dengan 2 cawan air ( kecuali santan)
  • Masukkan semua bahan bahan tadi dalam periuk.Tuangkan santan pekat.
  • Masukkan perut dan kacau perlahan-lahan agar santan tidak beku.
  • bila mendidih baru masukkan pucuk paku.Masak hingga pucuk paku tu lembut baru masukkan garam dan sedikit gula.Siap!
Perut lembu di potong kecil jika tak suka perut lembu gunakan udang pun sedap

16 comments:

  1. Salam makcik! Orang Siam juga makan banyak ulam :)
    Saya gembira sekali kerana ini kedua kalinya makcik masak ayam goreng tu, :)
    Masak lemak pucuk paku & perut tu mesti sedap sekali, saya akan cuba dengan daun keladi kerana pucuk paku tidak didapati in sini.

    ReplyDelete
  2. 3 hungry tummies...betul,orang siam memang suka ulam sebab tu kulit mereka cantik :).terima kasih resepi ayam goreng ala thai..mmg sedap.

    Sebenarnya masak lemak pucuk paku tu mesti pedas baru sedap jadi Tammy tambah cili lebih ya.Wah sedapnya batang keladi masak lemak!ada orang masak siput dengan batang keladi pasti sedap juga:)

    ReplyDelete
  3. wah, memang sedap tu...yee kee makan ulam banyak daripada nasi...hek hek hek.

    ReplyDelete
  4. wah makcik, meriahnya menu tengahari..
    sekarang kite suka sgt makan pedas2..terliur tengok masak lemak pucuk paku tu..budu pon ada..ni yg buat kite lapar berganda2 nie.. ;)

    ReplyDelete
  5. salam dan selamat petang gerau..eh tak percaya? betul tipu kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. salam achik..apa khabar?dah sihat?alhamdulillah.Menu hari ni buat makcik tak sedar diri hihi

    ReplyDelete
  7. Akak!!! Am I invited??? hehehe! Dpt sikit time to blogwalk jap...hahah! take care dear! See U again! :)

    ReplyDelete
  8. salam cm.. kak yam suka sangat menu you hari ni..sesuai dgn kak yam..ulam2 ni membuatkan kita berselera makan tambah2 ada budu tu hehe..ulam daun kemangin ni apa ya dipanggil dikelantan.ulam daun salam/serai kayu (panggilan dikelantan) ada kak yam tanam dibelakang rumah..

    ReplyDelete
  9. CM kite telan airlioq jelah..huhu.. budu lame dah tak pekena..

    ReplyDelete
  10. yummy dishes..what I liked the most is chicken fry :D

    ReplyDelete
  11. salam cik manggis..mesti kamu ni awet muda sebab suka makan ulam..

    apasallah selera kita sama ek..tang buat kueh udang tu ...

    rajin jugak anak kamu yang jauh masak memasak..mesti menantu sayang dengan dia..

    nostalgia tgk gambar anak-anak kamu masa kecik tu...kerusi rotan tu kalau ada lagi kan bagus..boleh buat koleksi barang lama.

    ReplyDelete
  12. hi love..how are u honey?terima kasih singgah walau pun sibuk

    ReplyDelete
  13. salam kak yam,cm jarang makan budu sebab jika ada budu selera kita ni tak boleh stop dasat penangan budu nih :)..kak yam, cuba kak yam cek samada daun selasih sama dengan daun kemangin.

    ReplyDelete
  14. salam datin..hehe dasat kalu ado budu nih,makan takmo stop..bahaya tu :)

    ReplyDelete
  15. hi gulmohar..thanks for stopping by,yes my son loves fried chicken too:)

    ReplyDelete
  16. salam ina..hehe cm ni dah tua,mana ada awet:)Jika tinggal berjauhan dengan orang tua kena lah rajin memasak,menantu saya tu suka makan nasi,

    hehe kerusi rotan tu?dah jadi baja tu..gambar tu pun dah berumur puluhan tahun.

    ReplyDelete