LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, February 21, 2010

Roti Siput

Siput berlumba dengan si arnab, Satu berjalan satu lagi berlari, Hidup manusia perlu beradab. Dikenang orang sampai mati. (tiba tiba rasa nak berpantun hehe suka hati je) cikmanggis tabur bijan sebab nak habiskan lebihan bijan yang digunakan untuk buat sosej roll semalam.resepi asalnya ditabur dgn gula...terpulang pada selera masing masing... Salam dan good evening :)p ..tadi tak sempat nak letakkan resepi roti ni sebab dah masuk waktu solat maghrib.......jika tangguh-tangguh nanti terlupa pulak.Resepi ni cm ambik kat blog CMG..... roti siput ni sgt comel saiznya kerana bekasnya pun kecik. Ok, tak payah cakap banyak lah ya, nanti ada orang yang menyampah:)......mana taknya......dalam sehari 2 kali n3...tak ada kerja lain ke makcik ni..asyik pok pek pok pek je..jom lihat resepinya cm CNP je kat blog CMG..minta halal ya cik mat BAHAN-BAHANNYA :-) 400 g tepung roti 190 ml air 60 g whipping cream (boleh ganti dgn susu cair) 80 g gula halus 11 g instant yeast (mauripan) 1/2 camca teh garam 1 camca teh bread improver 1 camca teh bread softerner 60 g mentega Sedikit gula halus untuk ditabur cara-caranya:
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 20 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 tadi dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON". Biar hingga siap menguli (30 minit) dan perap 10 minit. Keluarkan doh dan ikut langkar seterusnya.
  2. UNTUK ROTI SIPUT :- Doh tadi ditumbuk untuk membuang udara. Bagi kepada 16 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil satu bahagian, canai memanjang dan gulung. Kemudian canai gulungan tadi dan gulung sekali lagi. Kerat2 dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega (dalam gambar mat guna ramekin, 3 potongan untuk 1 ramekin). Buat hingga siap dan biar 45 minit. Tabur sedikit gula halus dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.....

8 comments:

  1. salam kak..wah mmg cantik lah mcm siput kite suke;)

    ReplyDelete
  2. Roti siput ditabur tabur,
    Mintak dua ketul...

    hehehe... salam CM. Pantun 2 kerat ci ye. hehe

    ijan

    ReplyDelete
  3. err ni siput spesis siput apa sebenornyaa..nak tau gak? he he he

    ReplyDelete
  4. salam mummy seri..lama tak nampak..bercuti ya?

    ReplyDelete
  5. ijan..roti siput roti bijan,
    nah ambik seketoi ijan!
    (pantun1 1/2 kerat hihi)

    ReplyDelete
  6. Salam Kak..
    Waaahhh wahhhh wahhhh...cantiknya roti akak ni....Gerammm jeee nengoknyaaa..rasa cam nak ngap² jeeee

    ReplyDelete
  7. sue..satu biji sekali ngap ni sb saiznya kecik je

    ReplyDelete