Tuesday, February 16, 2010

Loh Ma Kai

Jom lihat apa bahan-bahan untuk buat masakan yang di kenali sebagai Loh Ma Kai ni.Cikmanggis dah mengantuk ni...dah nak zzzzz tp kena buat n3 terakhir untuk hari ni:)

 Bahan-bahannya:

 1 cawan beras pulut-rendam selama 1 jam
 2 sudu makan udang kering
 Sedikit halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap pekat/kicap manis
 Sedikit sos tiram
Sedikit lada sulah
 Garam secukup rasa
4 kuntum  cendawan butang
 Sedikit hirisan isi ayam
 Minyak untuk menumis
 Daun sup dan daun bawang
1 biji cili masak
 Sedikit bawan goreng

 Cara-caranya:)
  • Tos kan beras pulut yang telah direndam tadi ,ketepikan.
  • Tumbuk kasar bawang putih,halia dan udang kering.
  • potong cendawan dan isi ayam nipis-nipis.
  • Panaskan minyak masak dalam kuali.Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk tadi hingga naik bau
  • Masukkan isi ayam dan cendawan.Kacau hingga rata.
  • Masukkan garam,sos tiram ,lada sulah dan kicap pekat atau kicap manis.Gaul rata.
  • Masukkan beras pulut yang telah di toskan tadi.gaul hingga sebati.Kaup balikkan hingga bahan-bahan tu mesra.
  • Masukkan dalam pengukus dan kukus hingga masak.
  • Hidangkan dengan potongan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
  • boleh juga dimakan besama sos cili jika suka:)

No comments:

Post a Comment