Friday, February 26, 2010

Ketayap Belang


Jom kita makan ketayap belang petang ni...saja nak tarik perhatian penghuni rumah ni makan kuih ketayap,rupa lain sikit dari biasa tapi sebenarnya rasanya sama je :) terima kasih kak Wan kerana cm ambil idea dari blog kak Wan.Cantik-cantik betul kuih yang kak wan buat.Jika ada resepi kan best hehe:)


 Bahan-bahan untuk kulitnya:


 1 cawan tepung gandum.
 2 biji telur secubit garam 
1 1/2 cawan susu segar 
sedikit pewarna hijau 


 Cara-caranya:


 Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali pewarna hijau kedalam blender.Blend sampai sebati.Ambilkan 3 sudu makan adunan untuk dicampurkan dengan pewarna hijau 


.Nak buat belang Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.Sendukkan satu senduk kecil adunan kedalam kuali dan gerak-gerakkan kuali agar adunan jadi dadar yang nipis dan berbentuk bulat.Ambil sedikit adunan hijau dan buatkan jalur-jalur diatas dadar tadi.Biarkan sekejap baru angkat.Sejukkan dan isi dgn intinya dan digulung dgn kemas.


 Bahan-bahan untuk intinya: 


 1/2 biji kelapa parut 
1 cawan gula merah 
1 helai daun pandan 


 Cara-caranya:


 Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali.Masak dengan api yang perlahan sehingga gula dan kelapa sebati.Kacau perlahan-lahan takut inti kelapa ni hangus.Sejukkan sekejap .Siap untuk di gunakan.

8 comments:

  1. Nak kuih ketayap belang 4 pcs!!! Sedapnyaaa...lama tak makan! ;)

    ReplyDelete
  2. It's so true that Malay and Kerala cuisine have so much in similar..we make something similar too but without the green streaks...:D love it :-)

    ReplyDelete
  3. kalau dapat tunjuk step-by-step mesti bagus kan ;)

    ReplyDelete
  4. love...alamak abih daa..lain kali ya:)

    ReplyDelete
  5. Gulmohar..thanks for visiting my blog.I have Kerala Friends here and love Kerala foods.Hope we can exchange recipes and idea:)

    ReplyDelete
  6. Umi_e..idea yang bagus insyallah lain kali dapat tunjuk step by step:)

    ReplyDelete