Thursday, February 18, 2010

bihun sup bebola daging

Assalamualaikum.Dah makan malam ke belum?... hari ni cuacanya panas betul ..asyik dahaga je.....kena minum air banyak ni.Makanan pun elok yang berkuah...bubur ke atau yang berasaskan sup.....elakkan dari makan makanan yang berminyak atau pedas. Semasa singgah ke blog ijah Bangkok ternampak mee bakso..wah enak sekali tu:) tp tak cukup bahan-bahanya nak buat bakso.....nak ke kedai malas la pulak dalam cuaca panas ni..tak larat pun ya......dalam peti sejuk ada crab stick,bok choy,daging kisar dan daun sup& daun bawang serta kerangka @tengkorak ayam......jom kita reka resepi sendiri...ideanya dah ada .... Bahan-bahannya:) 1 ekor kerangka ayam(beli kat carrefour alamanda ) 300 gm daging kisar 4 batang bok choy 7 batang crabs stick 4 ulas bawang putih sedikit halia (hiris nipis) daun sup dan daun bawang bawang goreng sedikit lada sulah garam secukupnya 2 tbsp tepung jagung sedikit gula 1 biji buah tomato Cara-caranya:) Kerangka ayam dipotong kecil dan dimasak dengan 2 mangkuk sedang air.Masukkan hirisan halia dan 2 ulas bawang putih yang di ketuk.Masak dengan api yang perlahan selama 20 -30 minit.Tapis air rebusan tulang ayam dan biarkan mendidih atas api. Untuk buat bebola daging:) Gaulkan daging kisar dengan sedikit lada sulah,garam,2 ulas bawang putih yang telah di tumbuk halus dan 2 tbsp tepung jagung.Bentukkan seperti bebola kecil.Masukkan bebola daging kedalam air rebusan tulang.Masak sampai bebola daging tu masak baru masukkan crabs stick,bok choy,buah tomato dan garam serta sedikit gula dan lada sulah.Hidangkan bersama bihun yang telah dicelur dengan air panas terlebih dahulu.Taburkan bawang goreng dan potongan daun sup dan daun bawang....hmmm sedapp:)

8 comments:

  1. salam rindu cikmanggis..mana ada kita kemana2 kak..owg cuti CNY..kita kena keje daa!!! tu yg x nmpak batang hidung tu..hehe!! tp memalam tu sempatla gak melawat umah kengkawan cuma x sempat negur je!hrp akak sihat ye!! mihun sup nih mmg sesuwei utk owg berdiet!! huhuu!

    ReplyDelete
  2. ke putrajaya tadi...klu tau menu sedap cam gini...lebih baik singgah,kan...?eheheeee

    ReplyDelete
  3. Wah,, ini manyak sedap maaa...makan manyak sihat, badan jadi kuat meiii

    ReplyDelete
  4. kesian ketam kerana namanya tidak dimasukkan dalam nama masakan ini sedangkan isinya turut berada dalam mangkuk itu.hehe

    ReplyDelete
  5. salam inahar...wah tadi cm singgah rumah inahar..ada coklat!!!bestnya...ya la sup ni sesuai untuk yg berdiet tp jangan makan banyak..daging tak elok makan dengan jumlah yang banyak:)p

    ReplyDelete
  6. salam fiza..fiza dok dekat dekat putrajaya je kan?nnt bleh buat date sekali ya

    ReplyDelete
  7. salam gerau..dah abis beraya ?hehe hati manyak sukak sebab dapat manyak ang pau ma

    ReplyDelete
  8. salam Mr.penyubiru..ala..terlupa pulak nak kasi penghargaan pada Mr.Crab kawan penyu ni..sori sori lain kali cm kasi nama Sup Crab pulak:)

    ReplyDelete