LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, February 15, 2010

Apam pisang kukus

Semasa meronda-ronda kat blog kawan kawan malam tadi cm terserempak dengan apam pisang kat blog cmg dan ika.Kebetulan pisang banyak kat dapur tu...jadi hari ni operasi mengukus pun bermula.Terima kasih cmg dan ika...cm dapat ilham malam tadi tapi sangat letih..jd tangguh hingga hari ni...dapat buat menu minum petang....hasilnya memang memuaskan..sedap..gebu..tidak terlalu manis.Cm nak minta maaf pada cmg sebab dah ubah suai sikit resepinya.Maaf ya cmg...Jom kita lihat bahan bahannya: Bahan-bahannya:) 2 cawan tepung gandum 200 gm pisang lenyek 4 biji telur 1/2 tsp soda bikarbonat 1/2 tsp baking powder sedikit garam 3/4 cawan gula halus 3/4 cawan minyak jagung Cara-caranya:)
  • Ayak tepung dengan serbuk penaik serta baking soda.
  • Campurkan telur,gula dan minyak masak
  • whisk bahan bahan tadi hingga sebati baru masukkan tepung gandum dan kacau sampai rata
  • Panaskan pengukus...cm guna pengukus elektrik,lebih senang .
  • Isikan adunan apam kedalam manggkuk kertas dan kukus sampai masak.
  • Jika mempunyai pengukus yang besar bolehlah guna acuan yang lebih besar seperti cmg buat .

No comments:

Post a Comment