Thursday, August 27, 2009
Pulut Tai Tai
Kaya yang tak rupa kaya...
Salam semua kawan-kawan yang dikasihi.Sementara menanti berbuka cm masukkan juadah petang ni iaitu pulut tai tai yang enak dimakan bersama serikaya .Sebenarnya dah beberapa kali masak pulut tai tai ni,kira ulang tayang untuk bulan Ramadhan .
Kali ini pulutnya agak melekit- lekit sebab cm kurangkan santan.Kena jaga sikitlah santan ni tak elok untuk kesihatan.Jika kurang lemak rupanya kurang cantik.Tak apa lah ......apa ada pada rupa asalkan ianya tak terlalu menjejaskan rasa.
Cm gunakan bunga telang sebagai pewarna asli.Sejak hujan beberapa hari ni bunganya sangat lebat.Cantik sebagai hiasan laman rumah dan dapat digunakan sebagai pewarna asli.Bagi orang pantai timur bunga telang ni dijadikan sebagai pewarna nasi kerabu.
Okay selamat berbuka puasa dan selamat mencuba resepi nya DISINI
Pulut Tai Tai, memang menarik. Tak pernah lak rasa. Mesti macam pulut makan dengan kuah durian ya. Best tu. Gerau jarang masak guna pulut sebab tak mahir.
ReplyDeleteingat tadi dah silap blog. rasa cam dah sampai ke thailand. nampak cam dessert thailand.
ReplyDeletepulut tai tai..opah mesti suka makan ni ..bolehlah kita buat utk dia nanti(anak dia pun minat juga ni)
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteWahh cam2 resipi cikmanggis ni, pulut tai tai pulak kali ni... kreatip le.. hehe
Cikmaggis tq ada resipi martabak kat bawak tu...kita dah lama nak terai buat...senang le kalau boley guna kulit popia camtu... :)
x penah rs pun pulut tai2 ni
ReplyDeletetpi cantek lah warna dia..i likeeee
Cantiknye bunge tue CManggis.. mase kecik2 je mak guna bunge ni buat nasik kerabu.pastu tak pernah nampak dah... cantik la!
ReplyDelete