Tuesday, July 1, 2014

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali Ramadhan Cm selalu berazam untuk Pasar Ramadhan Sifar dan Sifar pembaziran.Alhamdulillah walaupun tidak berjaya seratus peratus tetapi Cm rasa amat  berbangga kerana hampir berjaya.Semua yang dihidangkan adalah hasil titik peluh sendiri yang penuh kasih sayang....kasih sayang?...ya kita akan pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah  selamat ,bersih dan halal.

Sebagai contoh hari ini Cm teringin sangat nak makan kuih sagu yang berwarna merah tu tapi bila teringat pesanan suami agar dikurangkan segala bentuk pewarna tiruan di dalam makanan  jadi Cm tukar kepada pewarna asli gula Melaka.Insyalla rasanya lebih sedap dari yang warna merah tu.Tak dapat rasa sebab berpuasa..

Sagu Gula Melaka.

Resipi asal : Kak Pau.

Bahan-bahannya:

A
1 cawan sagu mata ikan.
2 cawan air.
B
1/2 cawan gula Melaka (racik halus)
1 cawan air.
1 helai daun pandan.
C
1 biji kelapa parut (putih)
1/2 sudu teh garam.

Cara-caranya:

  • Rendam sagu dengan 2 cawan air.Pastikan sagu terendam.Jika tak, tambah sedikit lagi air.
  • Masak gula melaka dengan 1 cawan air  dan daun pandan sehingga larut.Tapis dan tuangkan ke dalam loyang sagu tadi.

  • Kukus sagu selama 20 minit atau sehingga masak.



  • Sejukkan kuih sagu sebelum di potong dan digaulkan dengan kelapa parut.
  • Kelapa parut di kukus sekejap dan di gaul dengan garam ya.
Alhamdulillah dengan modal yang tidak sampai 8 rm Cm dapat satu loyang besar kuih sagu ini.Dapat untuk berbuka dan moreh .Memasaknya sangat senang.Resipi asal menggunakan gula merah sebanyak 1 cawan tetapi Cm telah kurangkan separuh  mengikut citarasa sendiri....Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

2 comments:

  1. Tengok kat Bazar Ramadan semua kuih muih menyelerakan tetapi rasanya punyalah tawar.. berbaloi lah CM dapat masak sendiri kan :)

    ReplyDelete
  2. This is one of my favourite kuih. Wish I have a slice or two. Yummm...
    Enjoy your day. Selamat Berpuasa !
    Blessings, Kristy

    ReplyDelete