Wednesday, June 25, 2014

Masak Lemak Cili Api Pisang Lemak Manis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya menanam beberapa batang pokok pisang di tepi rumah  untuk dapatkan  daunnya sahaja.Jika berbuah pun tak sempat makan  kerana berebut dengan beberapa ekor tupai yang sentiasa berkeliaran di keliling rumah kami ini.Beberapa hari lepas suami Cm tebang pokoknya dan bawa setandan pisang ke dalam rumah.Katanya kali ini dia menang kerana berjaya bawa setandan mini pisang tu ke dapur.Alahai kesian pulak si tupai jinak tu ...

Pisang lemak manis yang kami tanam ini dari jenis yang sukar dikopek kulitnya walau pun telah masak.Kulit bahagian dalamnya  melekat pada isi buahnya.Pisang ini dah cukup tua untuk di peram tetapi kali ini Cm masak  lemak cili api campur ayam.Alhamdulillah memang sedap.

Masak Lemak Cili Api Pisang Lemak Manis.

Bahan-bahannya:

10 biji pisang lemak manis (yg belum masak)
5 biji cili api (jika suka pedas boleh tambah)
1 biji kelapa parut ambil santannya.(3 cawan lebih kurang)
6 ketulan kecik ayam -bahagian bertulang.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup.
2 bartang serai di ketuk.
1 tbsp kerisik.
Sedikit gula.
Garam secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
1 hedai daun kunyit

Cara-caranya:


  • Pisang di kupas sedikit kulit luarnya.Tak perlu dibelah kerana saiz pisang yg sgt comel :)
  • Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit dan cili api dikisar halus.
  • Daun kunyit di siat-siat.
  • Serai di titik.
  • Masukkan santan ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan bahan-bahan kisar,daun kunyit dan serai ,ayam serta pisang.
  • Masukkan garam,gula,asam keping ,serai dan daun kunyit.
  • Masak sehingga mendidih sehingga  pisang empuk.
  • Akhir sekali masukkan kerisik.
  • Biarkan sekejap di atas api agar kuah sedikit pekat.

3 comments:

  1. Salam Cik Manggis,

    Sedap nye la hai makan dengan nasi panas. Tapi cili padi jenis tu pedas sangat kan?

    ReplyDelete
  2. Salam singgah cik manggis
    sedap menggoda tengahari macam ni......

    ReplyDelete
  3. sedapnya gulai pisang. saya pun tanam pisang hanya gunakan daun.

    ReplyDelete