Thursday, April 10, 2014

Bee Hives Mini Buns With Butterscotch Sauce.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Yum yum!!!! inilah roti yang paling sedap yang pernah Cm makan.Bahaya.....lepas sebiji..sebiji..macam tak boleh berhenti.Rasa badam dan kuaci sangat ngam dengan roti dan sos butterscotch....Sedap!!Terima kasih sekali lagi pada kelab roti fb.Terima kasih geng yang tak kedekut ilmu ...Cm doakan agar kalian ditambahkan ilmu dan dimurahkan rezeki.....

Roti Sarang Lebah.

Resipi Asal:Kelab Roti Fb.

Doh Roti.

Baha-bahannya:

2 cawan tepung gandum.
1/2 tsp yis serbuk.
1/4 tsp garam halus.
1/2 tsp baking powder.
1 tbsp gula halus.
1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik.
1/4 cawan minyak jagung.
1/2 cawan air suam.+-

Sapu-1 biji kuning telur.
Tabur_badam dan kuaci serta bijan.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
  • Perap sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh buang anginnya.Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
  • Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Sapukan dengan kuning telur.Taburkan dengan badam,kuaci dan bijan.
  • Bakar sehingga masak.
Butterscotch Sos.

Bahan-bahannya:

1/2 cawan brown sugar.
1/2 cawan whipping ccream.
Secubit garam.
1/2 tsp essen vanila.
25 gm butter.

Cara-caranya:

  • Cairkan butter.Masukkan gula perang.Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  • Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan.
  • Akhir sekali masukkan essen vanila.Padamkan api.Kacau sehingga rata.Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat.
  • Tuangkan ke atas permukaan roti.
  Foto di bawah ...Cm buat resipi yang sama seperti di atas tetapi Cm letak serbuk koko ke dalam satu adunan.



Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba..rasa nak cuba..niat nak cuba resipi ini ,jangan teragak-agak ya..cuba lah insyallah anda pasti gembira dengan hasilnya.Selamat mencuba..cuba jangan tak cuba...

12 comments:

  1. Bonjour.....cannot wait to taste your cheese buns.

    ReplyDelete
  2. Bahaya lah, CM.....PH agak-agak satu loyang pun boleh lesap.

    ReplyDelete
  3. masyaallah CM...nekcik ni mmg gian klau sebut dan nampak roti ni...lagi lagi tengok gambar roti CM ni..tak sesabo nak menerainya.insyaallah..tqvm for sharing..

    ReplyDelete
  4. Good day, CM ! Hope you can share this recipe with my readers at my 'International Yeasted Recipe' event. Yummm....
    Blessings, Kristy

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Manggis,

    Amboi sekali sekala dia keluar.. mengancam habis!! Nanti nak try lah resepi Cik Manggis ni. :)

    ReplyDelete
  6. CM. Mck dah buat kejap tadi...dpt 8 pcs small buns..just nice. Yes lembut n sedap.
    Mungkin esok nak try buat plain roti guna resepi ...tq

    ReplyDelete
  7. CM..mekasih ler kerana berkongsi resepi yg yummylicious...nekcik da buat....tspi guna breadmaker punya sukatan 1/2 kilo tambah yogut..tambah acessories n butterscotch sos tu..mmg sedap..nekcik mintak ixin kongsi resepi ni ye CM...niar panjang panjang jariahnya!!

    ReplyDelete
  8. Nice and delicious. Kena try ni. Jgn lupa lawat blog: https: www.shashabakery.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Alaah. Sedapnya.. baru makan tadi tapi beli punyalaa mampu. Tsk tsk tsk

    Mekaseh sebab sharing resipi..nnti rajin-rajin leh cuba.. kikiki :)

    Raidah
    www.blograidah.com

    ReplyDelete