Saturday, July 27, 2013

Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbuka  puasa jika tak makan nasi kerabu rasa seperti ada yang tak lengkap sama seperti tanpa  buah kurma .Jika nak kan nasi kerabu yang sedap mesti memasak sendiri di rumah.....kalau beli tu faham-faham sajalah.Susah nak jumpa yang sesuai dengan selera.

Jadi kebetulan semalam semua anak-anak balik berbuka puasa dengan kami kecuali Zuhri yang tidak pulang bercuti pada tahun ini.Walaupun kepenatan tetapi puas hati kerana dapat memasak nasi kerabu sendiri.Bekalan bunga telang sentiasa ada di dalam freezer jadi warna nasi kerabu kali ini agak "mewah" dengan warna biru :)... Suami Cm  yang tak banyak komen pun cakap..wah birunya ..heheh.
Kali ini ulam-ulamannya pun banyak.Cm memang tak suka jika makan nasi kerabu berulamkan kobis.Semalam ulamnya ,ada pucuk serai kayu,daun tenggek burung,kacang botor,daun kesum,bunga kantan,tauge,kacang panjang,daun selom  dan timun.Kira lengkap la.

Nasi.

Bahan-bahannya:

5 cawan beras basmathi.
7 cawan air (bergantung pada jenis beras)
5 helai daun limau pulut.

Cara-caranya:

Tanak nasi seperti biasa.Masukkan daun limau purut.Pastikan nasi tidak lembik kerana nasi kerabu lebih sedap jika nasinya berderai.

Sambal Kelapa.

Bahan-bahannya:

1 biji kelapa parut-ambil yang putihnya.
2 ekor ikan kembung-rebus telebih dahulu.
1 batang serai.-racik halus.
1 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah.
1/2 tsp lada hitam.
1/2 inci halia.
gula melaka secukup rasa.
garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kelapa parut sangai sekejap hingga kering.
  • Tumbuk serai,bawang putih,bawang merah,halia ,gula melaka,garam dan lada hitam sehingga lumat.
  • Tumbuk isi ikan hingga hancur.
  • Tumbuk ringan kelapa parut jangan hancur sangat ya.
  • Gaulkan bahan-bahan tumbuk dengan kelapa.
  • Seimbangkan rasanya.Cm sukakan sambal kelapa ni manis sedikit.
  • Sedia untuk di gunakan.
Ulam.

Kacang botor.
Daun selom.
Pucuk serai kayu (pucuk salam)
Kacang panjang.
Tauge.
Daun tenggek burung.
Bunga kantan.
Daun kesom.
Timun.


Cara-caranya:

Mayang halus ulam-ulaman di atas.

Budu Tumis 

Bahan-bahannya:

1/2 biji kelapa parut-ambil santan pekatnya.
1 batang serai-ketuk..
1 keping asam gelugur.
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia.*
4 tangkai cili kering.*
1/2 biji buah limau purut.
2 helai daun limau purut.
3 ulas bawang merah.*
4 tbsp budu.
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam dan gula melaka secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan santan,serai,daun limau purut,buah limau purut,asam keping dan budu.
  • mask sehingga mendidih.Last sekali masukkan sedikit garam dan gula melaka.
  • Siap.


Ikan Celup tepung.

8 ekor ikan selayang.*
3 keping asam gelugur.*
Sebesar ibu jari lengkuas.*
Sedikit garam.*
Sedikit gula melaka.*
Air secukupnya.*

Bahan-bahan salut.

1 cawan tepung beras,
1/2 cawann tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1/2 tsp garam.
Secubit kapur.
Air secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan bertanda * dalam periuk dan rebus sehingga ikan masak.Toskan airnya.
  • Bancuh bahan-bahan salut seperti adunan untuk menggoreng pisang.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan ikan ke dalam adunan di atas dan goreng sehingga garing.
Keropok.

  • Goreng lebihan adunan bahan-bahan salut seperti menggoreng tempeyek.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.Sedia untuk digunakan.
Telur masin rebus.
Budu Secukupnya.

 **Nasi kerabu sedap dimakan bersama ayam atau ikan percik,daging bakar dan keropok ikan.

2 comments:

  1. Sedapnyaaa...Puasa ni pecah rekod belum lg makan nasi kerabu... Huhuuu..pandang ja la kak..Sue diet..Heheee

    ReplyDelete