Wednesday, July 17, 2013

Kuih Lapis Bunga Telang.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jangan ada yang pening pulak jika asyik tengok kuih warna biru je kat dapur Cm ni ya :).sayang nak biarkan bunga tu gugur dan membazir begitu je jadi hari ini Cm gantikan warna merah untuk kuih lapis dengan warna biru.Tetapi warna biru meresap pula ke bahagian lapisan warna putih.Jika Cm guna warna tiruan warna merah ,warnanya tidak meresap .Tak apa yang ini lebih selamat dari warna tiruan kan :)
Bahan-bahannya:

3 1/2 cawan tepung gandum.*
1 1/2 cawan tepung beras.*
1 1/2 cawan gula pasir.
1 1/2 biji kelapa parut.
8 cawan cecair =air +sirap gula +santan.
Secubit garam.
1 helai daun pandan.
Bunga telang secukupnya-tumbuk dan letak sedikit air dan tapis.

Cara-caranya:


  • Masak gula pasir dengan 2 cawan air dan daun pandan hingga gula larut.Ketepikan.
  • Kisar kelapa dengan 3 cawan air sehingga hancur dan tapis.
  • Ayak bahan bertanda *
  • Jangan lupa panaskan pengukus ya.
  • Satukan sirap  gula,santan dan air .Sukat sehingga jadi 8 cawan.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.Tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu lagi diwarnakan  biru bunga telang.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang.
  • Curahkan satu senduk adunan warna putih dan kukus hingga masak.Kemudian curahkan adunan warna biru ke atasnya dan kukus lagi  .lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Biarkan kuih betul betul sejuk baru di potong.





9 comments:

  1. macam senang saja.. nak cuba satu hari nanti. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. cantik kaler dia...
    yg asli lebih selamat...

    ReplyDelete
  3. bulan2 posa ni tengok menu kekawan semua best..

    nampak sedap jer kuih lapis tu..

    ReplyDelete
  4. Salam CM..bunga org buat nssi kerabu yer

    ReplyDelete
  5. cntiknya lapisan cm buat...bnyk lapis..kaler pun cntik...semulajadi gitu...!

    ReplyDelete
  6. cantiknye warna kuih lapis nie kak...rasa nak tanam pokok bunga telang pulak...

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadan buat CM & family..
    cantik kuih lapis cm tu..warnanya yang lain dari yang lain..selalu merah putih kan..:)

    ReplyDelete