Thursday, June 14, 2012

Maryam & Aqeel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Lamanya dapur maya Cm ni tak berasap kerana kesibukan  dan keadaan yang tak mengizinkan.Sebelas hari Maryam tinggal bersama kami kerana Daddy Maryam ke Sweden dan Mommynya pula bekerja .Maryam baru bertolak balik ke Penang .....Tiba-tiba terasa sunyi pulak rumah ni.Gelagat Maryam sungguh mencuit hati dan penghibur kami sekeluarga.

Terima kasih pada Mamatok kerana menghadiahkam Maryam khemah dengan 200 biji bola semasa hari jadi Maryam tempohari...5hb Jun.Mamatok adalah ibu mertua Angah.


Aqeel adalah cucu kedua Cm yang berkongsi tarikh lahir,masa dan hospital  yang sama dengan Maryam...Anak  pertama Angah.Sayang sekali Cm masih belum dapat menatap wajah cucunda Cm tu kerana masih di Icu kerana lahir tak cukup bulan.Alhamdulillah Aqeel bertambah sihat dan tindak balas pada rawatan  sungguh baik.Berat badanya pun  bertambah.Tolong doakan ya agar Aqeel cepat sihat dan membesar seperti Maryam......
Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah ke "Dapur" Cm ini.Insyallah dapur akan kembali berasap apabila keadaan kembali seperti biasa:)Salam sayang dari Cm untuk semua...

6 comments:

  1. Ala comeinyerr......hehe....^_^

    ReplyDelete
  2. Ha ha sibuk memasak dgn Maryam ya...

    ReplyDelete
  3. comelnya maryam :) smg aqeel cpt baik ya kak :)

    ReplyDelete
  4. woww..makin tomei maryam!! moga aqeel cepat sembuh ye cikmanggis!

    ReplyDelete
  5. Maryammmm...sukanya dia,,,Moga Aqeel cepat membesar dan dapat balik ke rumah.

    ReplyDelete
  6. Adohai, comelnya cucu CM!
    Salam.
    Kristy

    ReplyDelete