Saturday, June 23, 2012

Kek Kelasi Mabuk..Tak Berapa Nak Mabuk:)





Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bila sebut nama kek ini  suami Cm tergelak besar dengan di ajukan macam -macam soalan.Kenapa Kelasi Mabuk?Siapa kasi nama tu?Kenapa tak letak Kek Drunken Master?hehe tiada jawapan.Umpama siapa letak nama Kuih Tahi itik?:)

Sudah lama nak buat kek ni tetapi bila lihat resepinya ada 14 biji telur,Cm tangguh dulu sebab telur selalu tak cukup.Hari ini Cm beli dua "sakok' telur jadi boleh lah mencubanya.

Terima kasih Madiha,Along Roz dan Ha Sue kerana depalah yang membuatkan Cm mencuba kek ni.Cm buat Pandan paste sendiri.cuba cara Sonia.Thanks Sonia.Banyak mana pun  guna paste Homemade tak terasa bersalah. Tiada apa apa yang perlu di "was-was'kan..semuanya hanyalah jus dari daun pandan...Cm tambah dengan pewarna hijau apple untuk memekatkan lagi kalernya.



Hari raya tahun ini pastinya Cm akan bikin Kek kelasi mabuk ni hehe.Cm suka sebab rasa kek ini tak berapa manis.elok sangat lah sebab nak compensate dengan kandungan telur yang begitu banyak.pesanan dari Cm..jangan makan banyak..makan sikit-sikit:)agar tak muak.Pesanan penaja.

Bahan-bahannya:

450 gm butter.Guna yang berkualiti ya:)
14 biji telur .Asingkan 8 biji putihnya.
150 gm tepung gandum.
200 gm horlicks.
150 gm gula halus.
Sedikit esen vanilla.
2 tsp Pewarna hijau epal.
1/4 cawan Homemade Pandan Paste.

Cara-caranya:

Pukul telur dan gula hingga kembang.Kemudian masukkan butter dan pukul lagi hingga putih& gebu.Masukkan horlicks,tepung,vanilla,pewarna hijau dan pandan paste.Pukul hingga sebati.bahagikan kepada dua bahagian.

Lapisan Kek Putih.

8 biji putih telur.
10 tbsp gula halus.
3 tsp tepung gandum.
6 biji limau kasturi.

Cara-caranya:

Pukul putih telur hingga kembang.Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kental.Bila terbalikkan mangkuk,telur tak tumpah.Masukkan tepung dan teruskan pukul hingga sebati .Masukkan jus limau kasturi dan di pukul hingga rata.
Cara-cara mengukusnya:

Kukus sebahagian dari adunan hijau selama 1/2 jam.Kemudian Tuangkan adunan putih keatasnya.Kukus lagi selama 1/2 jam.Akhirnya tuangkan baki adunan warna hijau ke atas adunan putih dan kukus selam 40 minit.

*Apabila lapis hijau pertama di kukus dan hampir masak barulah Cm bancuh adunan putih agar adunan putih tak mendap atau bantat jika lama sangat terdedah  sementara menunggu adunan hijau masak.Jika ini berlaku lapisan putih jadi keras dan tak cantik:)

6 comments:

  1. Cantik n nmpk sedap..hehe.. Thn ni mmg plan nk wat gak utk hari raya..rasanya nk kurgkn sedikit tpg gndum nk bg lg moist.. Alhmdulillah kena dgn selera kak cm sekeluarga.. :-)

    ReplyDelete
  2. salam kekanda cyg... wahh canteknya kek resepi hasue ni dha lama ilah kopi tah bila nak buat.. boleh ilah tumpang makan??/

    ReplyDelete
  3. Bukan suami CM je yg gelak, akak pun nak tergelak ni, dah gitu....namanya Kelasi Mabuk pulak tu. Adui...akak yg nak mabuk ni, mabuk telor yg berbiji2...haha..
    Tapi kan, cantik la kek ni, mcm padang bola je.

    ReplyDelete
  4. ya, homemade pandan paste always the best, fresh with nice aroma..i don't like the articila of store bought pandan paste lar..

    ReplyDelete
  5. Oh pertama kali dengar kek ni menarik betul.

    ReplyDelete
  6. Agak agaknya apa jadi kalau kelasi mabuk ya? Hahaha

    ReplyDelete