Thursday, May 24, 2012

Tepung Bungkus Ubi Kayu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ubi Kayu.

Satu lagi menu orang "lama" membuatkan  Cm rasa  sungguh nostalgia..... terkenangkan masakan Mak.Sebenarnya Cm sangat sukakan apa-apa je kuih yang dibuat daripada ubi kayu.Sampaikan Liza dok tergelakkan Cm bila nampak ubi kayu:).Jika  dia ternampak ada orang jual ubi kayu di Pasar Malam,dia akan menalipon Cm....

 Arwah Wan (ayah) selalu bercerita pasal ubi kayu ni.Katanya inilah makanan zaman Jepun. Ubi kayu diparut dan dicampur dengan nasi kerana nak jimatkan beras.Orang-orang dulu   sungguh kreatif untuk hasilkan macam-macam jenis kuih daripada ubi kayu .Selain direbus,ubi kayu dibuat  ketupat ubi kayu,Poli,Bingka(Bengkang),Onde-Onde,bubur ,lempeng dan banyak lagi.....


Terima kasih Kak 1 kerana berkongsi   resepi yang sungguh sedap ini.Jika inginkan resepi kuih  orang dulu-dulu Kelantan bolehlah jengok ke dapur Kak Wan:)


Bahan-bahannya:

500 gm ubi kayu parut.
1  cawan gula( Cm letak 1/2 cawan je)
1/2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam halus.
1/2 cawan kacang merah rebus (Cm guna kacang merah dalam tin.)
Daun pisang secukupnya.-biarkan di panas mentari sekejap agar layu.


Cara-caranya:


  • Masak santan hingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan gula.Kacau hingga gula hancur.
  • Padamkan api .Masukkan kacang merah,garam dan parutan ubi kayu.
  • Kacau hingga sebati.
  • Sudukan ke atas daun pisang.Bungkus dengan kemas dan kukus hingga masak.



9 comments:

  1. Salam Cm wahh ni tak pernah makan dan tak pernah tengok.. first time lihat di sini sedap nampaknya.. best!

    ReplyDelete
  2. sungguh terliur tgk kejadian nih..

    ReplyDelete
  3. CM...nk bleh x...xtahan tgk...sedap sgt nmpknye tu...

    ReplyDelete
  4. kekanda buat kuah dia guna santan fuhhh lagi ngancam tuuuu...terliuq nieeee huhuu

    ReplyDelete
  5. Salam CM,
    1st time nie tau ubi kayu bole buat tpung bungkus....
    sy mmg peminat no.1 ubi kayu...hehe...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makan petang2 sambil minum kopi panas.. perghhhh tak tahan eden...

    ReplyDelete
  7. Salam CM.belum pernah mkn tpg bungkus ubi kayu....menarik campur kacang dlm nya...

    ReplyDelete
  8. salam cm..hhhmmm tak penah ain tengok kuih nie..mst sedap mkn dr ubi kayu nie kan..klu jmp ubi nk try jg la..(resepi kehidupanku)

    ReplyDelete
  9. Aslmkm KakCM. Salam rindu... dah lama tak bw. Wah, unik nya ubikayu buat tpg bungkus.

    ReplyDelete