Thursday, May 31, 2012

Pucuk Mengkudu Masak Lemak...Nostalgia...Rindu...

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.



Pohon mengkudu.


Banyak pokok mengkudu di tanam oleh Perbadanan Putrajaya di depan rumah Cm.Kadang-kadang ada  orang yang datang dengan kereta dan mengetuk pintu rumah meminta izin untuk mengambil buahnya.Kata nya baik untuk kesihatan jika di minum jusnya.Dengan perasaan sungguh gembira Cm membenarkan dorang ambil/petik buahnya kerana anak anak selalu bising jika terpijak buahnya yang masak dan  gugur bertaburan di tempat letak kereta.Baunya sungguh tidak enak sekali....

Adik-beradik.


Apabila Cm baca buku Bukan Sekadar Resipi tentang kisah penulis yang merajuk kerana semangkuk masak lemak daun mengkudu... ,tiba-tiba terkenang semasa zaman kanak-kanak.Emak selalu masak lemak putih daun mengkudu.Adakalanya emak masak kerabu.Alahai..sedap sekali.Kami adik beradik makan dengan sungguh berselera sekali berlaukkan ikan goreng atau ikan masin.Rasanya belum pernah berselera seperti itu sekarang ini walaupun makan dengan lauk pauk yang hebat......

Tolong Menolong.


Cm mempunyai adik beradik yang ramai 9 orang kesemuanya.Jika termasuk dua orang kakak tiri jadi 11 orang.Bayangkan jika tiba waktu makan.Emak terpaksa agih-agihkan agar dapat berlaku adil.dapat samarata....bayangkan betapa "meriah"nya.....Bergaduh adik beradik menjadi perkara biasa.Jika bergaduh waktu malam,apabila bangun di sebelah paginya,kami telah berbaik kembali..tiada dendam..tiada  benci dlm hati..tetapi jika berlaku sekarang......sedih,hiba,sayu dan rasa terpinggir menusuk jantung...astagfiru allah....Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ku...dosa yang sedar dan dosa yang tanpa disedari....

Cm selalu berpesan pada anak-anak agar jaga ukhuwah adik beradik.Yang kaya tolong yang susah..jika semuanya dah kaya raya..jangan bongkak,jangan tinggi diri......dan...sentiasa maafkan semua orang..apatah lagi jika darah daging kita sendiri.Jika kita berlapang dada dan jadi seorang  insan yang pemaaf..hidup kita lebih aman...lebih gembira.....lebih bermakna......hidup tanpa keluh kesah...

Hidup ini sementara saja.setiap kali sebelum tidur..mohon keampunan dari Allah taala..kemudian minta maaf dengan orang yang paling kita sayang iaitu suami dan akhirnya berniat didalam hati agar kita memaafkan semua orang......nyawa.hanya pinjaman.....takut tidur kita tidur buat selama-lamanya....

Semoga anak-anak akan mengenang Cm sebagai seorang insan yang disayangi:)... Ketika ini....Cm sangat merindui arwah Wan....beliau seorang bapa  yang hebat dimata Cm...al fatehah.....semoga Wan damai disana..semoga kita dapat bertemu di Syurga..amin..amin...


Ok lah...mari kita lihat bahan-bahannya ....kena kesat air mata dulu


2 cawan hirisan  daun mengkudu.
1 biji bawang besar-potong bulat.-potong empat.
1 biji cili hijau.
1/2 biji kelapa parut.
2 tsp lada hitam biji.
4 ulas bawang merah.
1 ekor ikan kembung-rebus dan ambil isinya.
Garam dan gula secukup rasa.


Cara-caranya:


  • Daun mengkudu di hiris nipis dan direbus sekejap.
  • Kemudian tapis dan perah airnya baru sukat daun mengkudu tadi  guna cawan.
  • Kelapa parut dikisar dengan 2 1/2 cawan air.Tapis.
  • Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga hancur.
  • Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga hancur.
  • Satukan daun mengkudu,bawang besar,cili hijau , bahan-bahan tumbuk,garam.gula dan  santan kedalam periuk.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Sedap dimakan dengan nasi panas berlaukkan ikan goreng dan ikan masin.




11 comments:

  1. CM...teringat sy bpantang lps keguguran last year..hari2 kena paksa minum jus mengkudu..bertunggu daun mengkudu...smpai kembang kempis lobang idung tak lalu lg bau mengkuded ihihihi

    tp tu lah...byk khasiat mengkudu nih...buah...daun..cuma bau je tak tahan kan... ;)

    ReplyDelete
  2. salam kak CM, saya x pernah lagi rasa mengkudu ni..takut pahit... huhuhu... bila tengok ni macam sedapp je..

    ReplyDelete
  3. sedapnyer kak...dah lama tak makan, selalunya kalau ada pucuk mengkudu ni, tak sempat pun nk buat masak lemak, saya makan mentah gitu jer, cicah ngan sambal belacan...sedap, pahit2 lemak...awet muda gitewww..hehe

    ReplyDelete
  4. Daun mengkudu boleh makan ker?? ehehhehe jakunnya kita..tak pernah rasa..nak gak cuba kalau ada yg jual..

    ReplyDelete
  5. salam kak CM. tq atas nasihat yg berguna =) insyaAllah akan diamalkan.
    tun x kenal daun mengkudu. huhu.. tp rasa dulu2 ada mama belikan jus mengkudu sebagai supplement. pekat dan mmg tutup hidung masa nk minum. hihi

    ReplyDelete
  6. Sebak dada membaca tulisan CM tentang adik beradik.... semuanya hanya tinggal kenangan terindah yang tak mampu diulang semula.
    Nak cubalah masak pucuk mengkudu, selama ini tak tahu nak buat apa dengan pokok mengkudu... masa kecik2 dulu kalau bonda bersalin, memang pernah layur daun mengkudu letak atas perut adik kecil untuk diikat dengan barut supaya tidak kembung...

    ReplyDelete
  7. emmmm...ini adalah salah satu maskan kegemaran nenek munah yg memelihara ilah sejak baby lagi.. pokok mgkudu besar mmg ditanam dilaman rumah nak petik jer kak cm... huhuuu teringat kat arwah nenek pula...dlm pasu kat atas umah ni pun ada kak cm ilah tanam... buat bertunku...ulam juga...jika ada daun besar2... kat kebun dimelaka ada 4 pokok ilah tanam.. buah dia boleh cegah kanser...sedap buat ulam..

    ReplyDelete
  8. sedap sayur mengkudu nih..saya pun dah try based on buku Bukan Sekadar Resepi tu..nak tanya..kalau duan mengkudu yg warna dia kekuningan sikit tu boleh tak guna untuk masak resepi nih

    ReplyDelete
  9. Salam..kat mana nk dapat daun mengkudu ni...nak buat ubst. Saya tinggal di B.B. Bangi...

    ReplyDelete
  10. Salam..kat mana nk dapat daun mengkudu ni...nak buat ubst. Saya tinggal di B.B. Bangi...

    ReplyDelete