Tuesday, March 6, 2012

Ayam Goreng Kremes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera:)


Selamat tengahari ya.Dah siap masak?...Apabila kami sekeluarga makan diluar(sekali-sekala) dan makanan yang dipesan tak menepati citarasa....  pasti rasa tak puas hati .......dan selalunya Si adik akan cakap inilah sebab mengapa dia tak suka makan kat kedai.Memang betul apabila harga yang agak tinggi dibayar untuk  makanan yang tidak sedap tentu rasa geram dan ada kalanya  panas hati...macam macam soalan dalam kepala ni...camana berniaga jika masakan tak sedap......

Salah satu masakan yang kami tak puas hati bila makan diluar adalah ayam goreng kremes.Kadang-kadang tiada rasa...tawar dan hambar..Jadi Cm tidak pernah putus asa mencuba sendiri berkali kali .ubah resepi sana sini dan akhirnya Cm dapat hasil yang agak memuaskan walaupun tak sempurna.Insyallah cuba lagi.....Resepi asalnya Cm ambil di dapur Ibu Tio tetapi Cm ubah suai mengikut kesesuaian selera sendiri.Thanks to Ibu Tio:) dan maaf kerana dah ubah sikit resepinya:)

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam di potong mengikut selera masing -masing.
3 helai daun salam.
3 helai daun limau purut.
1 ketul kiub ayam.
Garam dan sedikit serbuk kunyit.


Bumbunya:

4 biji buah keras.
5 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
2 tsp ketumbar biji.
1 tsp jintan manis.
2 inci halia.
(Kisar halus)

Kremes:1

200 ml air rebusan ayam.
100 ml air.
75 gm tepung beras.
1 tbsp tepung ubi.
1/2 tsp soda bikarbonat.
Minyak untuk menggoreng.

Kremes II(Cm punya)

Air rebusan ayam secukupnya.
1 biji telur.
1/3 cawan tepung gandum.
2 tbsp tepung sagu.
1 tsp baking powder.
(Bancuh seperti membuat
kuih dadar)

Sambal:(Cm lebih suka sambal belacan biasa)

1 ketul kecil  belacan.
4 biji cili masak.
6 biji cili api.
1/2 biji buah tomato (cincang)
Jus limau nipis.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:


  • Masukkan ayam kedalam periuk yang sesuai dan curahkan air  hingga tenggelam ayam tu.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi,kiub ayam,daun salam,serbuk kunyit,daun limau purut  dan garam secukup rasa.Masak hingga ayam empuk.
  • Toskan ayam dan simpan air rebusan untuk buat kremes nanti.(Jika tak cukup boleh tambah air biasa)
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga perang keemasan.Toskan.

Untuk Kremesnya:



  • Bancuhkan bahan-bahan untuk kremes dan goreng sedikit demi sedikit.
  • Toskan dan tabur keatas ayam.
Sambal Belacan.(Simple)

Panggang belacan sekejap.Tumbuk cili masak,belacan dan cili api .Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali perahkan jus limau nipis.Seimbangkan rasanya.Siap untuk dihidangkan dengan Ayam Goreng Kremes.Sedap dimakan bersama nasi putih..yum yum...


24 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Manggis

    Kalau makan ayam ni ada bunyi krub krub tak? hehehe...nampak amat menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Lin..ya btol tu bila makan mmg bunyi krup krap krup krap hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum kak CM...
    baru ni mas dgr nama ayam grg kremes hihihi...mungkin mas pernah makan tp tak tahu namanya :)
    Ayam grg kremes kak cm mmg nampak sgt menggiurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Mas..sebenarnya Yam kremes ni suku sakat dengan ayam penyek je..Ayam ni sedap dimakan dengan sambal belacan.Jika tak ,kurang Umpph

      Delete
  3. Assalamualaikum kak...

    Bab kremes tu yang membangkitkan selera tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm IeRA..anak anak memang suka kremes yang ranggup tu:)

      Delete
  4. Akak CM,

    panjang tul bahannya tu..yelah sangat saya nk menerainya tuh...tp menggamit perasaanlah...tkpelah tumpang cekau seketul kat sini ajelah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chah..nampak je panjang sebenarnya nak buat simple je..bila sekali cuba ..kali kedua mmg rasa senang.

      Delete
  5. Lapar... liat ayam goreng cikmanggis...

    ReplyDelete
  6. Wah CM.. sedapnyer makan nasi panas2 berselera tu.. ratah2 kruk krak kruk krak nyum2

    ReplyDelete
  7. Dah lama teringin nak buat ayam goreng kremes..tapi tak terbuat..hehehe.

    Yours is looking so perfect for a bite!!! Yummmy ;)

    ReplyDelete
  8. Pertama kali dengar ayam kremes.Macam-macam masakan ada sekarang. Kami pun jarang makan luar. Balik Malaysia hari tu first time cuba ayam penyek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam Kremes ni masakan Indonesia.Sekarang macam-macam kedai Indon yang jual masakan Indonesia..Wong solo,Ayam penyek dan lain-lain lagi.Tapi kami lebih sukan makan dirumah..puas hati.

      Delete
  9. betul tu cik manggis...masak sendiri lnh sedap..lbh paus ati...
    errr...bestnya kalau kita berjiran hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mai la dok Putrajaya :)boleh kita berjiran hehe

      Delete
  10. Bestnya ala-ala ayam penyet tapi akak nak try yang bawah dulu apam balik

    ReplyDelete
  11. kak CM.... nak ayam goreng! yg kremes tu letak lebih yek! hehe...

    p/s: geram tgk apam balik kat bwh tu elokkk naik berjalur2 nampak lubang2 dia...hehe..

    ReplyDelete
  12. hehe Jom makan ayam goreng:)...setakat ini,inilah resepi yang puas hati.Terima kasih pada blog manis manis

    ReplyDelete
  13. Kremes tu apa makne nye? bunyi macam bahase jawa kan

    ReplyDelete
  14. Whoa, dah tak tahan~lah! The crust looks so seducing. Malam ni mesti mimpi teruk. haha....
    Kristy

    ReplyDelete