Saturday, October 2, 2010

Udang Masak Kapitan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dah makan tengahari?Wah ..masih ada jemputan rumah terbuka ya:)...badan pun dah kembali tembam...alamak susah nak tolak bab makanan ni..tak apalah petang nanti kena jogging hehe.

Ini menu lauk untuk lunch kami anak beranak.Selalunya jika beli udang cm masak sambal atau masak lemak kuning atau sup tapi kali ini nak cari kelainan.Dan hasilnya sungguh "lumayan"sikecik tu terus ke dapur kerana katanya bau yang sangat wangi datang dari arah  dapur hehe..hidung nya ada alat pengesan khas hehe.
Bahan-bahannya:
1 kg udang (cm guna 1/2 kg)
2 batang serai
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
15 biji cili merah ( cm guna 6 biji cili masak)
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan.
3 helai daun limau purut.
3 biji ubi keledek(cm guna 2 biji )
1 biji kelapa(cm guna 1 paket santan serbuk)
garam dan gula secukup rasa.
cili merah dan hijau belah dua.

Cara-caranya:
  • Cuci udang dan toskan.
  • Blend cili masak,bawang merah,bawang putih,buah keras,serai,halia,belacan ,kunyit dan lengkuas hingga hancur.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yg dikisar hingga naik minyak dan baunya.
  • Masukkan santan(1 paket +2 cawan air),masukkan keledek,daun limau purut dan masak hingga keledek empuk.
  • Kemudian baru masukkan udang dan rasakan garam dan gula secukup rasa.Last sekali masukkan cili hijau dan merah yang dipotong.
 Tumis baha-bahan kisar hingga naik minyak& baunya
 Masukkan santan,keledek dan daun limau purut
 Bila keledek dah empuk baru masukkan udang,garam dan gula secukup rasa:)
 Siap:)
Sumber:   Resepi asalnya dari Chef Ismail.

5 comments:

  1. Salam Cm, tgk rupa dah terliur....

    ReplyDelete
  2. azian .. betul tu.. ratah saja pun sedap ni.. wow!!

    ReplyDelete
  3. asal masuk siniiii je, mesti terliur..adoiiii

    ReplyDelete
  4. Salam makcik..tak perasan ada udang yang begitu sedap ni. Nanti mau cari udang tu, kat sini mahal sikit, diimpot dari Thailand.

    ReplyDelete
  5. Azian..cuba lah memang tak menghampakan hehe

    T...makan dengan roti pun sedap

    Fa..hehe

    Tummy dear...makcik beli kat pasar malam..rm18 per kg...

    ReplyDelete