Friday, September 17, 2010

Puding Raja/ Puding Istana

Salam dan selamat petang.Minggu depan sekolah akan di buka.Hari ni cm dah mula menggosok baju sekolah si kecil ku.Isnin Cm masuk "ofis" sebagai Pemandu..,guru tuition,tukang masak,tukang cuci,tukang sapu,jurucakap  dan merangkap "bos" hehe....bayangkan betapa terernya   kerja cm ni:)..(argghhh mati aku)..malam ahad si Abang akan balik ke Ireland .....menghantarnya ke Klia dan menunggu kepulangannya adalah dua situasi yang berbeza....Suami cm selalu pujuk makcikmanggis ni..katanya kita lepaskan anak-anak kita pergi belajar seperti lepaskan anak-anak penyu ke laut.tawakkal pada allah.....Insyallah bila besar & berjaya mereka akan kembali kepangkuan kita..sob sob....cm taksuka sebab suami umpamakan anak cm dengan anak penyu....Arrgghhh.....

Ok lah...asyik membebel je...semasa ke blog kak Wan..cm tertarik dengan Puding Raja  yang dihidangkan di istana Kubang Kerian semasa hari raya tempohari.Pastinya sungguh istimewa hingga dinamakan Puding Raja.Jadi Cm ambil resepi dari  blog kak wan dan terus mencubanya pagi tadi.Dengan sedikit ubah suai maka hasilnya hmmmm memang sedappp.Mendapat pujian:)(ubah suai sebab ada bahan yang tak ada)..terima kasih kak wan..memang sedap!!!! dan minta maaflah sebab cm ada ubah suai sikit:)

Bahan-bahannya:
A
1 tin susu cair
3 biji kuning telur.
200 ml air
250 gm gula(Cm guna 170 gm je)
1 tsp esen vanila.
1 tbsp tepung kastad-bancuh dengan 2 tbsp air.
1 helai daun pandan.

  • Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk kecuali daun pandan dan kacau dengan whisk hingga sebati.Tapiskan.
  • Masukkan kedalam kuali & daun pandan  dan masak dengan menggunakan api yang kecil.Sentiasa dikacau agar adunan tidak berketul-ketul.
  • Angkat dan sedia untuk dilapiskan dengan pisangyang di goreng tadi.

B
12 biji pisang lemak manis-belah dua dan goreng dengan sedikit butter hingga masak atau perang-toskan .
C
6 biji prune tampa biji-potong kecik
8 biji ceri merah-potong kecik
150 gm biji gajus-goreng hingga kuning(guna butter lebihan untuk goreng pisang).
150 gm kismis-goreng hingga perang.(guna butter lebihan untuk goreng pisang)

D  (nak ganti jala mas)
3 biji telur itik-pukul hingga kembang
2 tbsp gula pasir
1/2 cawan air
masak air gula hingga likat kemudian masukkan telur itik yang telah dipukul dan masak dengan api yang perlahan hingga pekat-ketepikan.

Cara-caranya:
  • Aturkan pisang tadi kedalam bekas dan tuangkan 1/2 dari adunan A keatas pisang.
  • Kemudian taburkan 1/2 dari bahan-bahan C keatas adunan kastad.
  • Susunkan lebihan pisang untuk lapis kedua dan tuangkan semua lebihan adunan A
  • Akhir sekali hiaskan dengan bahan-bahan C dan D keatas lapisan kastad.sejukkan dalam peti ais sekejap.Hidang:)

18 comments:

  1. salam cikmanggis..dh lama berangan nk merasa puding raja nih..ia mmg menu fofular istana belah pantai timur kan!! dulu pernah nmpak kt blog makanan pahang..cam best!! nk try la wat nnti..

    ReplyDelete
  2. pandainyer kakak buat! telur itik pos sekotak kat kiter kak! hihihi... kiter tak penah lg makan wpon dah duk pahang bertahun2.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Inahar...buatlah yang..memang berbaloi..sodap tapi kurangkan gula ya:)

    ReplyDelete
  4. Hana..hehe terima kasih atas pujian mama Darwish tu....semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kihkih.

    ReplyDelete
  5. Kisah anak penyu lepas menetas terus berenang kelautan luas. Lepas itu, bila dewasa dan nak bertelur boleh balik beribu-ribu kilometer ke pantai asalnya eg.dirantau abang. Sh.Ibn Ajibah ada komen dalam kitabnya Basic Research- bahawa Allah Taala telah memberi ilham atau nur kehati anak/yelur penyu ketika ibunya membuat renungan penuh airmata kasih sayang sebelum turun kelaut semula. Dengan doa harapan supaya anak-anaknya bisa survive dan menyelam semula ke lautan tauhid Allah taala yang maha kaya, maha alim dan maha murah dengan rezeki.

    Bukan semua orang boleh jumpa dan tafsir kisah anak penyu ini ! Syukran cik manggis.

    ReplyDelete
  6. Al-hakkawi...terima kasih Tuan..mudah-mudahan Anak penyu akan bertemu dengan ibunya di lautan nan luas nanti:)

    ReplyDelete
  7. Salam CM,

    macam best je..saya suka kalau dessert ni..leh buat untuk umah teropen nnt

    ReplyDelete
  8. salam yan..boleh try..satu resepi ni dapat banyak...semangkuk bujur ni:)puas makan.

    ReplyDelete
  9. kak cm sgt rajin!!!! puding ni memang susah skt nk buat..even mie yg dok klantn ni pon xpenah lg makan puding. tengok slalu la jgk...

    ReplyDelete
  10. yummy...
    nampak sedap tu ya, makcik :)

    ReplyDelete
  11. Alkisahku..hehe makcik nakk cuba sebab nampak gambarnya sangat sedap...mmg sedap...berbaloi membuatnya:)

    ReplyDelete
  12. Deetha..sedap!!! cuba lah buat Dee:)

    ReplyDelete
  13. salam aidil fitri kak ku cayanggg
    ilah nak oder semanggkukkk boleh takkk hehehe...wah bila makan ni mesti mcm dok kat istana.. nasib baik ilah dah pernah dinner di istana KELANG kalau tak kempunan..wpun tak dpt makan puding ni lagi...janji amek berkat istana..hikhik.. mohon kemaafan diaidilfitri ya kak..

    ReplyDelete
  14. salam cm..
    selamat hari raya..puding raja nie...dah lama mengintai resepinya..x jumpa2..baru pagi td tgk kat tv1..lupalah plak segmen apa..tapi mmg menyelerakan....nie kena cuba nieh..tq 4 sharing

    ReplyDelete
  15. salam ilah..selamat hari raya..masih raya lagi kan?hehe kena hati-hati bila makan puding raja ni:)kolestrolnya ...manisnya hehe..sekali sekali takpe kan:)

    ReplyDelete
  16. salam chemp...buat lah chemp..tak susah tapi kat kl ni tak jumpa nak cari jala mas:)

    ReplyDelete