Hari ni kami tak berterawih kerana suami tak berapa sihat.....jadi sempatlah cm masukkan n3 untuk hari ni:)
hehe ambil kesempatan.Tiap-tiap kali raya cm akan buat biskut kegemaran anak-anak. ( sebenarnya kami lebih suka kuih tradisi seperti kuih siput,kuih loyang,tempeyek dan maruku ) Selalunya biskut yang berasakan coklat dan badam menjadi pilihan .Resepi Biskut Coklat Badam ni cm dapat dari Puan Norfadhillah Neo rakan baik cm.Mari kita lihat camana nak buatnya:)
Bahan-bahannya:)
300 gm tepung naik sendiri.*
250 gm butter.
250 gm coklat masakan.
190 gm gula halus
1 biji telur.
200 gm tepung jagung.*
2 tbsp serbuk koko.*
200 gm badam flakes
1 tsp essen vanilla
***Ayak semua bahan-bahan yang bertanda bintang.
Cara-caranya:
- Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembang
- Masukkan telur,coklat(cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.
- Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaul& uli hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.
- Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang seperti foto dibawah ni.
- Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
- Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
- Bakar hingga masak.....Selamat mencuba:)
salam makcik,
ReplyDeletepertamanya saya gembira mendengar kisah makcik berbuka puasa ramai2, saya puji dengan amallan sedemikian, bagus dan benar kate makcik,,,,selara akan bertambah dan makanan boleh jadi bertambah enak.
Keduanya, saya dapat bayangkan suasana keindahan Ramadhan di Malaysia sudah kian berputik bunga, ramai nampak gayanya sudah mebuat persiapan di hari kemenangan nan indah InsyaAllah, aktiviti membuat kuih raya adalah antara pengisian aktiviti pada masa kini.
Tahniah makcik, semoga sentiasa gembira...
raya nanti ingat-ingat kat yang duk jauh ni ye.....InsyaAllah takdir saya masih di bumi orang utk Eidul Fitr tahun ini,
salam cm dah buat biskut for raya.... saya punya ada yg hampir rentung huhuhu...
ReplyDeletekita pun ada resepi ni..suker buat sebab senang..dulu buat untuk jualan..skrg dah tak larat..makan untuk anak beranak ajer
ReplyDeletesuker biskut ni...sblm ni ada dpt resipi tuk biskut ni tp bila buat tak sesedap yg pernah sy makan sebelumnya.izinkan sy salin resipinya ye cm.nnt2 kot2la ada kelapangan nak try buat.lepas2 raya pun boleh aje heheheee thanks cm.
ReplyDeleteSalam CM,
ReplyDeletewah!! dah menanbah kuih raya nampak.Apa kuih2 ni dapat bertahan hingga raya?atau CM kena buat for the second round? maklumlah sedappp
Salam cm...Memang kalau dah dapat berkumpul dengan anak2 rasa dunia kita yang punya seronok sesangat,makanan semuanya jadi sedap lepas tu tak habis2 pot pet pot pet....
ReplyDeleteSalam makcik.. suka sangat dengan biskut ni :) Semoga pakcik cepat sembuh!
ReplyDeletesalam zam..sori lambat reply..teramatlah sibuk..rasa cam tak cukup masa.Banyak benda nak buat tapi tenaga pun terhad.
ReplyDeleteTerima kasih zam..semoga zam sihat dirantau orang..kesihatan amat penting tambahan jika kita merantau.Oh ya makcik sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya.jika pulang ke malaysia jangan lupa ziarah makcik di putrajaya ya:)
hamsini..hehe hari ini biskut makcik hampir terbakar sebab terlalu leka dgb kerja sampingan..baca paper sambik masak kuih:)
ReplyDeletesalam ina kl..oo pernag berniaga ya..seronokkan terutama bila dekat nak raya ni permintaan biskut camni mm tinggi :)
ReplyDeleteFiza..buatlah insyallah resepi ni mmg menjadi kegemaran anak-anak..ada coklat dan ada badam.
ReplyDeleteYan..hmmm dah nak habis la..jadi moreh:)
ReplyDeleteZai..wah seronok tak terkira tambahan jika lama tak jumpa..pastinya rumah zai meriah sekarang ni.
ReplyDeletemy dear Tummy..terima kasih:)
ReplyDeletenak buat la.. hihihih
ReplyDeleteassalamualaikum kak, badam dlm english almond ke? saya teringin nak buat ni utk raya :)
ReplyDeleteassalamualaikum cik manggis, I made this with self raising flour and it doubled in size and kind of looked horrible lol. did you use self raising or normal?
ReplyDeleteassalamualaikum..mohon syer resepi di blog saya yea,..tq..
ReplyDeleteAmboi sedapnyer...
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بالدمام
ReplyDeleteشركة تنظيف فلل بالدمام
شركة تنظيف بالدمام
عزل وتنظيف الخزانات
خدمات التسليك والتسربات
نقل وتخزين الاثاث
مكافحة الحشرات ورش المبيدات
خدمات التنظيف
شركة تسليك مجاري بالدمام
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة تنظيف بالدمام
عزل وتنظيف الخزانات
خدمات التسليك والتسربات
نقل وتخزين الاثاث
مكافحة الحشرات ورش المبيدات
خدمات التنظيف
شركة كشف تسربات المياه بالدمام
ReplyDeleteشركة تخزين اثاث بالدمام
شركة نقل اثاث بالدمام
شركة عزل اسطح بالدمام
شركة رش مبيدات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف بيارات بالدمام
شركة تنظيف موكيت بالدمام
assalamualakkum puan...saya mohon izin utk gunakan resipi ni...
ReplyDeletelast year saya buat utk makan hari raya ofis, ramai yg suka..tahun ni mereka mintak saya buat dan jual...terima kasih.
saya dah buat hari ni. saya bekukan semalamam dlm freezer utk bentuknya set. keluarkan dlm 10 minit suhu ruang baru senang nak potong dan tak pecah. mmg sedap crunchy, coklat dari melted cooking choc tu ...rasa almond slice.. perfect pada saya terima kasih kongsi resepi ni ���� (24/4/2021@12 Ramadhan 1442H)
ReplyDeletedari sepuluh tahun lps saya cuba resepi ni... mmg sedap biskutnya.. yg penting anak suka...
ReplyDelete