Thursday, July 15, 2010

Salam

Salam dan selamat sejahtera.Hari ini  dah masuk hari ketiga kami di kampung.Petang jumaat akan kembali semula ke Kuala Lumpur.Tak sabar nak upload gambar-gambar yang kami ambil tapi internet tersangat lah slow.Hai empat hari  terasa berlalu begitu pantas.Tak sempat nak menziarahi adik beradik....... .Alhamdulillah mereka yang  datang bertemu dengan kami apabila mendapat tahu kami pulang bercuti. Malam pertama adik lelaki ku bawak  sate dan malam tadi kak long bawa burger.. berpuluh-puluh biji sampai tak terlarat kami nak makan.......Seperti biasa bila balik kampung badan bagai di pam-pam bagai belon yang akan meletup  kerana kami dijamu makan hehe.................emak asyik nak memasak je walaupun tak berapa sihat.:) biasa lah orang tua sangat seronok jika anak cucu balik.:)



si kecik ni nak main layang layang kat Pantai Cahaya Bulan atau dulu di kenali sebagai Pantai Cinta Berahi(PCB)



 Air sarsi buatan Malaysia. atau  buatan kampung ku hehe..

16 comments:

  1. Salam cm,Wah... seronok dapat jumpa keluarga,jangan tolak rezeki nanti balik Kl banyakkan puasa.
    Cantiknya pantai tu tenang aje.

    ReplyDelete
  2. seronok kan balik Kelantan? Fa suka pegi Kelantan. One of my boys sekolah di sana.

    ReplyDelete
  3. kelantan negeri yg berbudaya dan serambi mekah...
    tabik pada org2 kelantan!

    p/s- cuma yg xlarat musim raya, sesak teruk!

    ReplyDelete
  4. Salam makcik..tak sabar nak tengok gambar yang makcik ambil tu. :) Jealousnya dengar pasal hidangan yang enak-enak tu.

    ReplyDelete
  5. kalau saya balik kampung pun tak akan berkesempatan untuk ke PCB ni...

    ReplyDelete
  6. salam..kat kelantan memang best..suker makan kat situ..

    kita jadi driver anak kitalah..dia ada lesen tapi dia takut nak bawak..fobia dgn suasana kat india..

    ReplyDelete
  7. salam cm..bila balik kelantan ni..awat tak habaq..
    air sarsi cap ayam ni memang sedap kan..agaknya kita dikelantan je yg ada air jenis ni kan..

    ReplyDelete
  8. Salam CM,
    Semestinya penuh program CM kat kampung nie... nasi kak wok tu jangan lupe. Ingat2 le kat kami ni kalau makan tu ye. hehe..
    Ijan

    ReplyDelete
  9. salam zai..hehe betul tu lepas ni kena banyakkan berpuasa.anak-anak memang suka ke pantai main layang-layang:)

    ReplyDelete
  10. Salam fa..Bila sebut nak balik Kelantan terbayangkan makanan yang aneka jenis:)

    ReplyDelete
  11. salam Pie..hehe terima kasih.Sebenarnya hari biasa pun sesak juga tapi bila misim cuti lagi teruk.Yang ni yang tak best sikit.Tapi yang best lagi banyak :)..tolong promote:)

    ReplyDelete
  12. Hai Tummy..masa sangat singkat jadi tak dapat untuk melawat banyak tempat:(

    ReplyDelete
  13. Salam nenekPenne..anak-anak yang sangat suka ke pantai , sempat ke PCB dan pantai Irama Bachok.Gembira betul anak-anak.

    ReplyDelete
  14. salam ina..jika suka makan memang di sanalah tempatnya:)


    salam kat yana:) tak apa lah sekali sekala emak jadi driver dapat melepaskan rindu pada anak yang tersayang.

    ReplyDelete
  15. salam kak yam..maaflah kakyam sebab kami balik sekejap je tak beritahu kawan-kawan kecuali adik beradik je.

    Air cap ayam ni mengimbau masa zaman kanak-kanak cm:)bila hari raya hidang air cap ayam ni:)

    ReplyDelete
  16. salam Ijan..hehe betul-betul memanag kita ingat pada Ijan masa makan nasi Kak Wok tengahari tadi:)

    ReplyDelete