Saturday, July 17, 2010

Acar Bendi

Salam dan selamat tengahari.Acar Bendi merupakan masakan kegemaran cm masa kecik-kecik dulu.Ada rasa masam .manis dan pedas.Semasa kat kampung sempat belajar secara teori dengan ibu ku.Setiap kali tanya resepi dari mak ,reaksi spontan darinya adalah..ooo aloh,sene,sene sungguh( senang,senang sungguh )hehe.
Bahan-bahannya:)
10 biji kacang bendi(kacang meow)
1 bungkus jagung muda-belah dua
3 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 inci hali.
3 tangkai cili kering.
1/3 cawan santan pekat.
1 cawan air.
Sedikit minyak untuk menumis.
garam& gula secukup rasa.
1 biji cili hijau -belah dua.
1 biji cili masak -belah dua.
1 tbsp cuka.
Cara-caranya:
  • Cuci kacang bendi dan  potong dua.
  • Kisar bawang putih,bawang merah ,halia dan cili kering hingga lumat.
  • Panaskan minyak tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan air dan santan pekat.
  • Masukkan garam,gula dan cuka-seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
  • Kemudian baru masukkan kacang bendi ,jagung muda, cili merah serta cili hijau.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan.


Dibawah ni adalah gambar-gambar favourite cm semasa balik kampung .Siap minta izin dengan makcik yang jual laksam lagi dan dorang sungguh sporting siap posing bila cm beritahu nak letakkan gambar ni dalam blog.


last sekali nak rekemen jika nak beli laksam atau laksa singgah lah kat kedai kakak ni.kuah laksanya soo sedap.Pekat dengan ikan:) memang berbaloi-baloi.....

    12 comments:

    1. salam cm...
      lakso & lakse tuh atas pasar ct khadijah ko?/sdak tuh...acar kacang meow meow..tuh masa bekwoh slalu ado..chemp suka acar pisang galo..sedapppp..tiap kali kelik kelate..kompem g cari..dgn nasi tumpang..makanan wajib tuh...

      ReplyDelete
    2. Selamat pulang makcik. Rumayannya makanan yang dibagi oleh ahli keluarga makcik, suasananya pasti begitu gembira sekali. Ini satu lagi yang pasti saya akan cuba. Tak sabar nak tengok gambar-ganbar yang lain ni. :)

      ReplyDelete
    3. tang petai tu yang tak tahan tuu..my peberet! :D

      ReplyDelete
    4. iyolar.. tapi kampung katner tewww.. uhuhu

      ReplyDelete
    5. alahai... ni yang buat saya rindu nak balik kampung ni... adakah makcik jual laksam tu kat pasar siti khadijah?

      ReplyDelete
    6. ooh nak komen lagi..acar bendi (kacang mior) tu memang sedap....

      ReplyDelete
    7. salam chemp..acar pise galo tu..alamak dah bartahun-tahun tak makan.mana nak cari pise galo ni chemp?nasi tupe?bakpo chemp dok sebut benda hok cm suko belako tu huhu:(

      ReplyDelete
    8. hi my dear Tummy..memang meriah sekali sebab dah hampir setahun tak balik kampung.Sedih betul masa nak berpisah dengan ibu dan ayah terutamanya sebab mereka dah tua:(

      ReplyDelete
    9. salam fa..petai tu pun feveret cm tu hehe

      ReplyDelete
    10. salam me..kampung kat kb,negeri cik siti wan kembang giteww

      ReplyDelete
    11. salam nenekpenne..kat pasar besar siti khadijah..kacang mior singgang pun sedap Penne:)

      ReplyDelete
    12. Kak tq pasal makcik laksa tu. Saya tinggal di Terengganu. Susah cari kedai yang betul2 sedap. Sebab kedai yang sedap selalu yang susah ditebak. Yang biasa-biasa je. Macam m.cik tu.:)

      ReplyDelete