Friday, June 25, 2010

Mee Udang


Salam dan selamat tengahari.Hari ini  dah hari jumaat...wah cepatnya masa berlalu .... banyak kerja yang belum disiapkan rasanya seperti tak cukup masa.Pagi tadi ke pasar raya membeli barang barang dapur dan apa apa  yang patut sebab besok ada tetamu dari jauh nak datang..tetamu yang membawa misi yang penting hehe.Ahlan...

Kerana kesuntukan masa jadi menu tengahari ni sangat simple.menu penyelamat setiap kali cm dalam "kecemasan" .Resepi mee udang ni hasil ujikaji  masakan  cm sendiri..kira boleh claim this is my own recipe la :).Oleh kerana big boss and small boss tak boleh makan pedas maka terhasillah mee udang yang enak sekali nih:)

Bahan-bahannya;
1 paket mee kuning
.15 ekor udang segar.
3 rumpun pokok sawi hijau.

4 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
2 tbsp udang kering.
1 biji buah tomato.
2 biji telur.
2 paket fish ball.
2 tbsp sos tomato.
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tiram
1 tsp serbuk lada  hitam.
1 ketul kiub ayam knorr
garam dan gula secukup rasa.
sedikit minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
  • Kisar bawang putih,bawang merah dan udang kering hingga halus
  • Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masukkan 4-5 cawan air biasa atau pun air rebusan kulit udang.
  • Masukkan udang dan fishball dan biar ianya mendidih sekejap.
  • Masukkan semua sos,garam.gula ,lada hitam dan sawi & buah tomato.
  • Kacau dua biji telur dan curahkan kedalam sup sambil kacau hingga rata.
  • Masukkan mee..siap untuk dimakan...hias dengan potongan daun sup,daun bawang dan cili masak serta bawang goreng & limau kasturi:)

12 comments:

  1. Salam makcik ...mee udang ni sungguh meyelerakan! Cili padi dah naik harga sampai $20/kg baguslah kalau tummy yang lain juga tidak gemar pedas.

    ReplyDelete
  2. hi my dear Tummy..selamat tengahari..mahalnya cili!makcik tak pernah beli cili api sebab ada 3 pokok..tanam sendiri:)..sebenarnya jika makanan tak pedas..kurang umpph:)

    ReplyDelete
  3. ayoyoyoyo cm
    meleleh tgk mee udang kamo
    rs nak msok dlm ini internet terus g umah cm nak mkn mee udg lor..ish2 lazat...kecur lidah ni weiii

    ReplyDelete
  4. salam cm..mee udang menjadi kegemaran seisi rumah..
    mudah membuatnya n lazat makannya..hehe..

    ReplyDelete
  5. salam el..eh jangan el..takut cm tetiba kuar el dari screen computer hehe.Terima kasih

    ReplyDelete
  6. salam kak yam..menu simple ni kak yam tapi anak-anak suka.:)

    ReplyDelete
  7. salam..
    amboi kenyang jer
    bila berjalan ke blog ni
    burppp!!alhamdulillah...
    he he

    ReplyDelete
  8. salam cik manggis..
    nie baru brtul2 hoa liaawwwwwwwww...meh semangkok..tapau yer?kih kih kih..sedaplah kak mee nieh...sbb sy suka udang...

    ReplyDelete
  9. Siapalah agaknya tetamu yang datang dari jauh dan membawa misi penting tu, mungkin saya boleh agak kot....

    ReplyDelete
  10. salam chemp..alamak chemp dah habis la..nanati kita wat lagi.

    ReplyDelete
  11. salam zai.hehe dapat agak ya?aa betul betul:)

    ReplyDelete