LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 29, 2010

Ketam Bercili


Bahan-bahannya:)
4 ekor ketam.
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
Sedikit belacan.
2 tbsp sos cili.
2 tbsp sos tomato.
1 tbsp sos tiram.
2 tbsp soy sos.
garam dan gula secukup rasa.
1 biji telur.
1 tangkai daun ketumbar.
Cara-caranya:
  • Kisar bawang putih,bawang merah,halia,belacan dan cili kering hingga hancur.
  • Panaskan minyak,tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan sos cili,sos tomato,soy sos dan sos tiram serta gula dan garam.
  • Rasakan manis& masinnya baru masukkan ketam dan gaul rata.Biarkan kuah mendidih sekejap masukkan telur.Kacau rata & masukkan daun ketumbar.
  • Taburkan daun bawang.Siap:)

12 comments:

  1. salam cm..
    lauk yg sedap..tapi kalu makan lauk nie..kompem 1 jam kat meja makan..nasik x abis2....sbb dok meratah ketam..fuhhhhhh..sodap...

    ReplyDelete
  2. salam..
    kengkawan datang nak makan ni
    ada nasik lebih tak?
    la la la...
    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  3. salam chemp..btol tu..anak anak komplen..susah nak kopek isi ketam:)

    ReplyDelete
  4. My dear Tummy..haha nasik boleh tambah tapi ketam dah habis:)

    ReplyDelete
  5. salam zul..boleh..boleh tapi lauknya dah habis:)

    ReplyDelete
  6. salam cm..masak ketam ya..kakyam malas bab makan ketam ni,kena rajin..hehe
    hari tu kakyam masak lemak kuning..anak2 n cucu suka..kalau cucu kita yg tukang ambil isinya..ni yg malas tu hehe..

    ReplyDelete
  7. Salam cm, ketam my peberet,tapi anak2 lebih suka dimasak sup.

    ReplyDelete
  8. salam kak yam..hehe cucu makan isi..opah makan kuah..ini yang best ni:)

    ReplyDelete
  9. salam zai..selalunya cm masak sup je tapi hari ni tukar selera sikit:)

    ReplyDelete
  10. aduuhhhh! udah menjejes2 nih air liurkuu! tunggu cik abg blk br nk carik ketamm!! haishhh leh ngigau2 ni kan nk tunggu dier blk!

    ReplyDelete
  11. salam hana..bawa bersabor hana:)sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..ingat tu hihi

    ReplyDelete