Monday, June 14, 2010
Bubur keledek
Best betul guna dapur dibawah ni terutama bila menggoreng mee atau nasi yang memerlukan api yang besar.
Salam dan selamat sejahtera.Alhamdulillah keadaan " dapur" cikmanggis hampir pulih dan kembali normal.Luka didagu anak lelaki ku hampir kering dan boleh cuci sendiri dirumah.Tak berlu menunggu lama di hospital dan jimat masa."pesakit" terpaksa menjadi tahanan dirumah sama seperti Aung San Suu Kyi hehe sehingga sekolah dibuka minggu depan.Bukan apa..takut bila keluar bermain dengan kawan-kawan terutama main bola terkena luka yang belum sembuh tu....bahaya.
Semasa singgah ke blog Sonia beberapa hari yang lalu ternampak bubur keledek versi yang digemari suami cm.Bubur tanpa santan.Bagi orang melayu mesti rasa pelik tapi kami dah biasa makan bubur seperti tu.Sedap ... wangi bau pandan dan halia..pastinya lebih sihat sebab tanpa santan.
Sangat senang memasaknya.Hanya perlu keledek,gula,daun pandan dan halia serta air yang mencukupi .Masak hingga keledek empuk.
salam cm...wahhh! first time masuk blog ni n jadi first person to comment. :-) Nak try juga bubur keledek versi ni sbb ada 2 ketul keledek kat dapur (sblm tumbuh keledek tu tumbuh akar :-P)
ReplyDeletesalam cm..
ReplyDeletekeledek kuninglah yg paling sedap..baru sinonim dgn nama sweet potato.....sy suka keledek pepel..tapi nak jumpa susahhhhh..bari kali tawaf pasar rawang x der gak..huuhuhu..nak semangkok leh cm..hhiihihihih
salam cm..tak pernah makan bubur keledek cara ni..kak yam nak cuba..rasanya mesti sedap ..lain dari yg biasa kak yam buat..
ReplyDeletesalam yus..hehe baik masak cepat-cepat sebelum tumbuh pucuk :)
ReplyDeletesalam chemp..keledek ungu tu isinya sangat lembut.Jika masak bubur dia hancur.tapi ada orang buat kek cantik tau:)..nah bubur semangkok buat chemp hehe
ReplyDeletesalam kakyam..orang cina memang suka bubur yang tiada santan kakyam.cuba lah buat.
ReplyDelete