Kulit
Bahan-bahanya:
250g tepung gandum.
150g butter.
45g tepung jagung.
2 biji kuning telur.
75g gula ising.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.
Cara_caranya:
- Satukan tepung gandum,gula,garam serta tepung jagung.Gaul hingga sebati.
- Masukkan butter dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan telur dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Balutkan dengan cling wrap dan simpan dlm peti sejuk selama 15 hingga 20 minit.
- Keluarkan doh dari peti sejuk dan bentukkan dengan menggunakan acuan tart.
- Cucuk-cucuk dengan garfu di permukaan kulit tart sebelum di bakar.
- Balutkan kacang hijau atau beras dengan alluminium foil dan letakkan dalam kulit tart agar bahagian kulitnya tidak kembung semasa membakarnya.
- Bakar sehingga kuning keemasan.Sejukkan sebelum di isi dgn adunan kastad.
Kastad
Bahan-bahanya:
1 sudu makan tepung gandum.
1 sudu makan tepung kastad.
4 sudu makan gula halus.
1 1/2 cawan susu segar.
1 sudu makan butter.
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter dalam kuali dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
- Nyalakan api dapur ,masukkan butter kacau dengan menggunalan whisk sehingga naik wap.
- Sudukan ke dalam kulit tart.
- Susun aturkan buah-buahan kegemaran anda.Selalunya saya gunakan potongan buah strawberry,kiwi dan anggur.Jika ada buah blueberry lagi bagus kerana nampak meriah warnanya.
- Jika nak cantik dan berkilat potongan buah buahan tadi boleh dicelupkan dalam larutan agar -agar segera yg di bancuh cair.
Dah banyak kali saya gunakan resipi ini untuk buat tart telur,tart cheese dan tart buah.Kulitnya sungguh ranggup dan sgt berbeza dengan kulit tart yg di beli dari kedai.
Untuk lebih sedap guna butter yg berkualiti.Memang berbaloi-baloi jika buat sendiri.Satu adunan ni sudah cukup untuk buat kuih minum petang seisi keluarga.Saya suka makan dengan teh O panas tanpa gula.
Untuk lebih sedap guna butter yg berkualiti.Memang berbaloi-baloi jika buat sendiri.Satu adunan ni sudah cukup untuk buat kuih minum petang seisi keluarga.Saya suka makan dengan teh O panas tanpa gula.
No comments:
Post a Comment