Sunday, December 22, 2013

Sourdough Bread

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Saja nak berkongsi pengalaman pertama kali buat roti sourdough dengan menggunakan homemade sourdough starter.Saya amat suka makan roti jenis ini.Keras dan ranggup bahagian luar dan lembut di bahagian dalamnya.Kebanyak roti yang kita selalu buat adalah yang jenis gebu dan lembut.Roti orang Malayasia hehe
Kejadian roti ini dikira ok.Rupanya pun dan molek tetapi rasanya agak sedikit masam.Jadi saya tak mahu berkongsi resipinya kerana tidak menepati rasa roti sourdough yang sebenar.Saya tak rasa kecewa kerana ianya kali pertama.Ini satu pengalaman  yang baru buat saya .
Inilah rupanya sourdough starter yang saya sediakan sendiri.Ia mengambil masa selama 7 hari.Mungkin terlalu lama menyebabkan rotinya rasa sedikit masam .Mungkin juga garam dan gula dalam doh roti ini tak cukup.Jika ada sesiapa yang pernah buat roti sourdough sudilah kiranya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu.
Doh yang telah siap di uli.
Selepas direhatkan selama 8 jam.


Saya berpuas hati dengan kejadiannya.Ranggup dibahagian luar dan sungguh lembut didalam.Cuma rasanya  yang gagal.....

10 comments:

  1. Salam Cik Manggis, saya first time komen ni sebelum ni skodeng secara silence je, ampun yekk.. saya fikir sourdough cikmanggis ni cantik dan hebat..rasa nombor dua..biasanya rasa akan bergantung kepada rupa, lagipun rasa roti je kan..masam sikit tu perkara biasa, namanya pun sourdough kan...anyway saya suka roti ni..dan saya pun sedang belajar buat roti ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lady Windsor..wslm.Terima kasih sb sudi singgah di dapur Cm ni.Sebenarnya rasa roti ni tak dapat nak terangkan hmm tak sedap la senang cerita dan tak sama dengan roti sourdough yang Cm pernah makan yang beli kat kedai.Insyallah akan cuba sekali lagi.Jika Lady Windsor dah berjaya buat roti seperti ini jangan lupa kongsi ya...maksud Cm kongsi resipi dan cara-caranya.

      Delete
  2. Cik manggis, sourdough bread memang sepatut rasa masam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Gert...Hmmm masam yang beli kat Kedai tu sedap tapi masam roti yang I buat ni masam yang tak sedap :(

      Delete
  3. Saya pun belum pernah cuba... but your bread looks delicious! Maybe boleh kurangkan hari sourdough tu kot (pernah terbaca tapi belum pernah buat)... Dah try baru nanti jangan lupa share kat sini ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kina..mungkin jugak sebab ada baca artikel tentang Sourdough starter http://gnowfglins.com/2011/04/26/6-tips-to-prevent-sour-sourdough/

      Delete