LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, December 18, 2013

Nasi Labu & Ayam Panggang.

Nasi Labu.
Resipi asal: Dapur Cikmanggis.

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmathi.
4 ulas bawang putih.-tumbuk halus.
1 inci halia.-tumbuk halus.
2 tbsp udang kering.-tumbuk halus.
1/2 biji labu-potong kiub.
1/2 tsp lada sulah.
Garam secukup rasa.
Minyak jagung untuk menumis.

Sayur atau ulam.

Salad.
Timun.
Buah tomato.
daun pasli

Tabur

Bawang goreng.

Sos

Sos cili Thai.


Cara-caranya:


  • Cuci beras dan toskan.
  • Panaskan minyak jagung dan tumis bawang putih,halia dan udang kering sehingga wangi.
  • Masukkan labu dan beras.Gaul sehingga rata.
  • Kemudian masukkan garam dan lada sulah.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan 4 cawan air dan tanak nasi sehingga masak.

Ayam Panggang.

Resipi asal: Mommy Maryam.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam-belah dua.
1 ketul kecil halia.
Garam secukup rasa.
Sedikit lada sulah.


Bahan-bahan untuk disapu pada ayam

1 ketul kecil gula Melaka.
2 tbsp kicap manis.
1 tbsp kicap cair.
2 tbsp sos tiram.
Sedikit garam.
2 inci halia.
4 ulas bawang putih.

Cara-caranya:

  • Ayam direbus dengan halia,bawang putih,garam dan lada sulah sehingga masak.Toskan airnya.
  • Masukkan ayam ke dalam oven dan panggang sehingga kulitnya kering.
  • Sementara menungga ayam dimasak sediakan baha-bahan sapuannya.
  • Tumbuk halia,bawang putih sehingga lumat.Masukkan gula merah,garam,lada sulah,kicap manis dan kicap cair serta sos tiram.
  • Hamcurkan dengan menggunakan alu lesung sehingga sebati.
  • Keluarkan ayam dan sapu bahagian atas sehingga rata.Bakar sehingga perang.
  • Keluarkan ayam dan terbalikkan.Sapu dibahagian bawahnya sehingga sekata dan panggang lagi ayam sehingga kedua belah bahagian berwarna perang keemasan.

Hidang ayam panggang bersama Nasi Labu.Hias dengan daun pasli dan bawang goreng.Jadikan air rebusan ayam tadi  sebagai sup.Potong timun dan buah tomato serta daun salad untuk sayurnya.Kali ini Cm tak buat sos tetapi hanya menggunakan sos cili Thai.Alhamdulillah.Semoga rezeki ini di berkati olehNya.Insyallah.

6 comments:

  1. Salam kak CM.. 1st time tgk nasik labu.. kalau org kuat angin xleh makan nih.. hihi.. terliur nengok ayam duk posing tuh.

    ReplyDelete
  2. salam CM..tak pernah pulaaaak dengar nasi labu....mesti sedap sbb labu pun manis

    ReplyDelete
  3. akak pun first time jugak tngok nasi labu ni CM cam sedap je, cam sedap je di gandingkan dengan ayam panggang tu kan..

    ReplyDelete
  4. nasi labu???? sape ajar ni..meh sini ajar CM pulak..

    ReplyDelete
  5. Hi CM! Oh, labu pun boleh dimasak dengan nasi. Yipppeee!!!

    ReplyDelete
  6. Kebetulan saya ada membeli labu ingat nak cuba. tq kongsi resepi.

    ReplyDelete