LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, October 9, 2013

Roti Sandwich Ala Subway :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali makan sandwich di Subway setiap kali menelan air liur kelat ggulppp semasa di kaunter pembayaran...bukan tak sedap tapi rasa mahalnya bila fikirkan kita dapat sediakan sendiri di rumah.Anak bongsu dan suami Cm amat menggemari Sanwich di Subway ni.....

Jadi hari ini pagi-pagi lagi Cm keluarkan semua bahan-bahan untuk membuat roti.......Tepung roti,tepung mil penuh,telur ,yis,butter dan madu.Sayur-sayurnya pun siap di cuci dan ditoskan.

Roti...  (  Resipi asal Emiliaputeri, dan Don )

Bahan-bahannya:

4 1/2  cawan tepung roti.
1 1/2 cawan tepung mil penuh.( wholemeal flour)
1 1/2 cawan air.
1 1/3 cawan butter.
1/3 cawan madu.
11 gm yis segera.
2 biji telur.
2 tsp garam.

Bahan untuk sapu.

1 biji telur.*
3 tbsp susu segar.*
**Campur hingga sebati.

Bahan tabur.

sedikit nestum.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter ke dalam mangkuk pengadun.
  • Uli sehingga sebati .Masukkan butter dan uli sehingga kenyal/elastik.
  • Keluarkan doh ke atas papan pencanai dan uli lagi dengan tangan.Jika terlalu lembut tambahkan sedikit tepung agar ianya tidak melekat di tangan.Biarkan doh naik .
  • Bahagikan doh kepada 8 bahagian.Bulat-bulatkan.
  • Gelek leper dan gulung doh agar menjadi bentuk lonjong.Aturkan di atas dulang yang disapukan dengan sedikit butter.
  • Sapukan dengan campuran telur dan susu segar.Taburkan dengan nestum dan biarkan doh naik baru di bakar sehingga masak.
  • Sejukkan roti di atas redai dawai.

Bahan-bahan Intinya

2 tin kecil tuna.-hancurkan.
Sedikit  butter.
1 biji lada benggala.-hiris nipis.
1/2 biji timun jepun.-hiris nipis.
2 biji buah tomato.-hiris nipis.
Daun salad.
1 labu bawang besar.-mayang halus.
6-7 buah zaitun jeruk.-hiris nipis.

Cheese keping secukupnya.

Sos.

Mayonis.
Thousand island
Sos bbq.
Sos cili.
Sos tomato.
Minyak zaitun.

Cara-caranya:


  • Roti di belah dua.Sapukan dengan sedikit butter,
  • Isikan dengan tuna dan cheese keping.Masukkan dalam oven sekejap sehingga cheese cair.
  • Keluarkan roti.Isikan dengan sayur-sayuran serta bawang yang di potong tadi,
  • Letakkan sos yang menjadi pilihan anda.Siap untuk dihidangkan.

13 comments:

  1. assalamualaikum..
    puas makan sandwich besar camni kan.. :) sorang setengah potong pun dah kenyang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Jas...ya betul tu makan 1/2 pun dah kenyang.Panjang roti lebih kurang 1 kaki.

      Delete
  2. salam...
    ni kalau buat time sarapan confirm kenyang smpai tengah hari ni :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Thanks for the information. All your foods look so delicious and easy to make.

      Delete
  4. wahhhhh.. mmg nmpk mcm subway nyer sandwich la. bintulu xde subway, blh la buat sndiri nnti.

    ReplyDelete
  5. salam cm....
    confirm tak yah gi subway dah pasni...lebih puas hati buat sendiri kan..

    ReplyDelete
  6. Salam cm..sy dh 2kali buat roti ni..pertama kali sy tersilap pandang sukatan butter 1/3 cwn.sy refer conversion table sama dgn 76gm..tp roti sgt menjadi.sedap dn lembut.
    Tp semlm sy ikut sukatan 11/3 cwn ..307gm tp roti tak menjadi..boleh tak cm bgtau sukatan butter dlm gram..
    terimakasih..

    ReplyDelete
  7. berapa kos penyediaan makanan cmni ye?

    ReplyDelete
  8. Masa bakar roti tu, berapa suhu nya??

    ReplyDelete