Sunday, October 27, 2013

Laksa Dan basikal.

Hari ini kami makan Laksa untuk lunch dan pastinya untuk dinner jugak :).Bermacam-macam resipi yang Cm jumpa di internet.Cm pun dah mencubanya.Ada yang guna lengkuas sebagai bumbunya.Ada juga yang letak serai dalam kuahnya dan ada yang guna ikan sardin dalam tin tu....

Alhamdulillah seorang kawan baik Cm Datin El  telah berkongsi  satu resipi yang cukup mudah tetapi rasanya inilah yang terbaik setakat ini.Datin El dapat  resipi ni dari besan beliau yang tinggal di langkawi.Kira resipi ori la ni :) Jom kita tengok bahan-bahannya....oh ya jangan terkejut pulak..resipi ni tak letak belacan ya ...

Bahan-bahannya:

1 1/2 kg ikan kembung.
15 ulas bawang merah.
7 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah cilinya.
2 keping asam gelugur.
Garam secukup rasa.
Sedikit garam.
Ajinomoto-Cm tak letak.
3 tangkain daun kesom.
1 kuntum bunga kantan.

Ulam / sayur

Bawang besar-mayang.
Daun selom-hiris halus.
Daun kesom-hiris.
Timun-racik halus.
Limau kasturi.
Bunga kantan.
Cili api.
Nenas-hiris halus.
Daun pudina-hiris


Telur rebus-secukupnya.

Cara-caranya:


  • Ikan dikukus dan diambi isinya dan di kisar halus..
  • Tulang ikan dikisar dengan sedikit air dan ditapis.Ambil airnya.
  • Cili kering direbus dan di asingkan bijinya.
  • Kisar bawang merah dan cili kering.
  • Masukkan air secukupnya untuk kuahnya ,jangan terlalu banyak.
  • Masukkan bahan-bahan kisar,air tulang ikan tadi  dan masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan isi ikan yang telah di kisar ,asam keping,daun kesom,bunga kantan ,garam serta sedikit gula.
  • Masak kuah sehingga mendidih dan seimbangkan rasa masin,masam dan manis kuahnya mengikut selera masing-masing.


BASIKAL


Cm selalu cerita tentang hobi kami suami isteri yang suka berbasikal setiap hujung minggu.Pagi tadi yang paling seronoknya  semasa kami leka berbasikal kami bertembung dengan rombongan kayuhan ceria yang di adakan sebulan sekali di Putrajaya.Suka melihat kanak-kanak ,orang dewasa dan orang tua yang mengambil bahagian.Mereka sungguh bersemangat sekali .Putrajaya menyediakan banyak taman-taman yang mesra Basikal .Sungguh cantik berserta dengan kemudahan asas seperti tandas awam dan tempat berehat secukupnya.Sesiapa yang tinggal di Putrajaya atau  yang berhampirannya ,jangan lepaskan peluang yang ada...


 Kasuhan peserta Powerman pagi tadi.pantas sampai tak sempat nak ambil fotonya.


Pasukan kayuhan Ceria.

Kayuhan Ceria.

 Pemandangan di depan Hotel Pullman tempat kami berbasikal.

Depan Hotel Pullman waktu matahari hampir terbenam.

3 comments:

  1. Assalamualaikum CM...sedap plk tengok laksa CM tu...

    ReplyDelete
  2. Mak sy msak laksa style gini la CM....
    Syoknya ptng2 kayuh basikal....:-)

    ReplyDelete
  3. sdap plak tengok laksa tu..kena buat la hujung minggu ni...=)

    ReplyDelete