Saturday, October 19, 2013

Kek Lobak Merah Lembab.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap pagi Sabtu dan Ahad Cm akan berbasikal bersama suami sejauh 8 km Kayuhan yang santai mengambil masa 45minit-1 jam.Alhamdulillah setelah hampir setahun  menjalankan aktiviti berbasikal ,kesakitan di bahagian lutut Cm hampir hilang dan Cm dapat  solat seperti biasa tanpa menggunakan kerusi lagi.

Pada awalnya  Cm ada memberi tahu kawan-kawan tentang kegiatan Cm ni dan mereka ada menyuarakan kebimbangan takut terjatuh dan sebagainya  ( maklumlah orang tua) dan mereka kurang yakin bagaimana berbasikal boleh menghilangkan sakit lutut .

Selain berbasikal Cm mengambil supplements seperti multivitamin dan glucosamine chondroitin setiap hari.Alhamdulillah sekarang ini Cm dapat berjogging setiap petang tanpa rasa sakit di bahagian lutut ...

Oh ya kepada kawan-kawan yang ingin mencuba aktiviti berbasikal ini,jangan lupa mengambil langkah langkah keselamatan yang perlu.Pakai topi keledar dan pakaian yang sesuai.Jangan naik basikal pakai baju kurung pulak ya hehe.Dan anda mesti mahir mengayuh basikal.Cm memang juara tahun 70an :)naik basikal tak pegang handle

Ok berbalik pada foto kek lobak merah di atas.Pagi tadi kami bersarapan dengan jus karot jadi selepas di tapis jusnya ,hampas karot tu Cm guna  untuk bahan   kek lobak merah ...jangan  membazir ya :) Terima kasih pada Azie Kitchen kerana berkongsi resipi yang simple dan sedap ini.Cheese frostingnya pula Cm ambil dari dapur CikMat Gebu.Terima kasih Mat :)
Bahan-bahanya:

4 biji telur.
1 1/4 cawan minyak jagung.
1 cawan gula halus.
2 cawan tepung gandum.
2 tsp esen vanila.
2 tsp baking powder.
2 tsp baking soda.
1/2 tsp garam halus.
1 tsp serbuk kayu manis.
1 cawan walnut.-cincang kasar.
3 cawan karot-parut.
Sedikit kismis.
Cara-caranya:


  • Masukkan telur,minyak masak,esen vanila  dan gula ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.( guna whisk)
  • Masukkan tepung yang telah di ayak bersama garam,serbuk kayu manis,baking soda dan baking powder.
  • Kacau hingga rata kemudian masukkan parutan lobak merah.
  • Akhir sekali masukkan walnut & kismis  dan gaul hingga sekata.
  • Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.
  • Bakar sehingga masak.sejukkan terlebih dahulu sebelum di hias dengan cream  cheese frosting.
Nota: Jangan masak kek terlalu lama ya.Sebaik saja  ianya masak cepat-cepat keluarkan dari ketuhar untuk mengelakkkan kek karot jadi kering. 
Cream Cheese Frosting.

Bahan-bahannya:

100 gm butter.
125 gm cream cheese.
1 tsp esen vanila.
1 1/2 tbsp gula ising.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun dan putar sehingga gebu.





2 comments:

  1. waahh... hebat2.. dh lama tun x naik basikal. zaman sekolah mmg naik basikal gi sekolah. jauh sekolah dr umah, mmg hitam la. hihi... skrg basikal pon xde.

    ReplyDelete
  2. Tumpang tanya..carrot yg diparut tuh kena perah/squeeze utk buang air ke?

    ReplyDelete