Bahan-bahannya:
6 ekor ikan kembung
6 biji kentang.
2 biji telur.-pukul ringan dengan garfu.
3 ulas bawang putih.-tumbuk halus.
1 tangkai daum ketumbar-cincang.
1 tangkai daun bawang.cincang.
1 cawan bawang goreng.
1 tbsp serbuk rempah beriani.
1 tsp serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
3 tsp tepung jagung.
Minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya:
- Ikan di lumur dengan sediki garam dan serbuk kunyit-goreng hingga masak.Asingkan isi dari tulangnya.Ambil isinya sahaja..Kisar hingga halus.
- Tumbuk bawang putih hingga halus.Ketepikan.
- Cincang daun bawang dan daun ketumbar.
- Kentang di kupas kulit dan dipotong dadu.Goreng hingga masak.Kemudian tumbuk sehingga lumat.
- Masukkan isi ikan,daun bawang,daun ketumbar,bawang putih,serbuk rempah beriani,bawang goreng,gula,garam dan tepung jagung.Gaul sehingga sebati.
- Bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.Lakukan sehingga selesai.
- Panaskan minyak masak.Celup bebola kentang kedalam telur dan goreng sehingga masak.
Jika ada lebihan ikan goreng jangan membazir ya.Anda boleh tukarkan menjadi satu menu yang sungguh menarik serta lazat .
Kalau anak-anak kecil anda enggan makan ikan (anak bongsu Cm enggan makan ikan kecuali ikan yang tertentu je ) dan hanya mahukan masakan ayam sahaja bolehlah kita main silap mata dengan mereka.
Tukarkan ikan yang mereka "benci' kepada bergedil ikan yang sungguh menarik.Silap-silap mereka sangka ini adalah bergedil daging atau ayam :)
Dari segi rupa memang anak-anak kecil takkan dapat bezakan antara bergedil ikan dengan bergedil ayam atau daging.Jika makan pun untuk 3-4 ketul pertama rasanya merekan belum boleh mengesannya lagi hehe.Apabila mereka dah dapat mengesannya ketika itu mereka pun dah kenyang .Selamat mencuba ya. :)
sedapnya CM...
ReplyDeleteasalam CM..buat bebola makn ngan sup gandum ..maniss
ReplyDeleteSalam cm...belum pernah buat bergedil ikan.
ReplyDeletebie pebret..bergedil... best r cikmanggis
ReplyDeletebie pebret..bergedil... best r cikmanggis
ReplyDeletesedap nmpk cm..nak cuba la t..
ReplyDelete