LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 28, 2013

Ketupat Pulut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hampir dua minggu tidak bersiaran dan tidak melawat dapur kawan-kawan.Nak kata sibuk.....ya sibuk lah jugak.... banyak  menghabiskan masa membaca dan bermuhasabah diri.....ingin memperbaiki diri....mengikhlaskan diri.....semua yang kita lakukan itu semata-mata kerana Allah taala....Semoga memperolehi redhaNya.....

Ok...kembali ke dapur Cm yang dah mula berhabuk ini.Bukan tak masak tetapi masak biasa-biasa saja.Tak ada yang special.Minggu lepas Cm cuba masak ketupat pulut sendiri.Alhamdulillah ok lah walaupun rasanya tak sesedap yang emak Cm masak :)
Bahan-bahannya:

1 kg beras pulut.
Garam secukup rasa.
3 cawan santan pekat.
Daun palas secukupnya.

Cara-caranya:


  • Beras pulut di cuci bersih dan direndam selama 1 jam.
  • Panaskan pengukus.
  • Kukus beras pulut sehingga masak.
  • Keluarkan pulut  dari pengukus.Masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai.
  • Bancuh santan pekat dengan garam secukupnya.
  • Tuangkan santan  ke dalam mangkuk yang berisi pulut sedikit demi sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga selesai.
  • Kacau sehingga pulut sejuk.
  • Isikan pulut ke dalam kelongsong daun palas dan tekan-tekan sehingga padat.Balut dengan kemas seperti gambar di atas.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Alaskan periuk dengan lebihan daun palas dan masukkan ketupat yang telah siap di bungkus.
  • Isikan air sehingga menutupi ketupat dan rebus sehingga airnya kering.


Ketupat pulut sedap dimakan dengan rendang / serunding  ayam atau daging.Jika dikampung Cm ada yang makan ketupat pulut ini dengan sirap gula merah seperti memakan kuih lopes :)

7 comments:

  1. memang syok ni kalau dapat makan...kalau ketupat pulut cmni adda suka makan ngn sambal tumis ikan bilis...fuhhh sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Salam cm...sedap juga dimakan dengan serunding.

    ReplyDelete
  3. salam..

    em, sedapnya makan ketupat pulut dengan rendang..

    ReplyDelete
  4. CM, ketupat pulut ni fevret PH masa kecik-kecik dulu. Nenek PH selalu beli kat pasar payang.

    ReplyDelete
  5. sedapnya ketupat palas.....saya belom dpt lagi raya this year....terlioq ceq...hehehe org kat kg nenek saya kat kedah pernah serve ketupat ni dgn kaya & susu pekat masa kami budak2 dulu....mengenang nostalgia dolu2 jap... :)

    ReplyDelete
  6. sukanye ketupat palas nih.....bila laa nk belaja buat sendiri pula....kat selangor nih ssh nak carik org yg sedap buat ketupat palas utk jualnye...huhuhuh rindunye nak mkn ketupat palas....tp saya suka ketupat palas manis

    ReplyDelete
  7. mcmana nak bungkus ketupaat ni, boleh tak cm tunjuk caranya langkah demi langkah,

    ReplyDelete