LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 12, 2013

Bubur Lambuk Ala Ala Kampung Baru :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini kami empat beranak akan berbuka puasa dengan bubur lambuk ala ala Kampung Baru ..ala ala je tau hikhik.Mana nak dapat bubur lambuk Kg baru di Putrajaya ni...jauh tu nak pi beratur kat Kg baru :)
Resipi asalnya dari dapur Wendy...Mmm koi Wendy :)

Bahan-bahannya:

1 cawan beras.( Cm guna beras wangi )
1 cawan daging yang dihiris nipis.
1/2 labu bawang besar-cincang.
3 ulas bawang putih-cincang.
1 helai daun pandan.
1/2 cawan santan kelapa.
1 tbsp penuh udang kering-rendam sekejap-cuci dan toskan.
1 tbsp minyak sapi.
1 tbsp minyak masak.
Garam secukup rasa.

Rempah-ratus :

2 inci kulit kayu manis.
1 tsp halba.
1/2 tsp jintan manis (cm letak yang  serbuk)
1 biji bunga lawang.
3 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga cengkih.
2 tsp rempah kurma.

Bahan-bahan untuk tabur.

Daun bawang.
Daun sup.
Bawang goreng.

Cara-caranya:


  • Cucu beras dan toskan .
  • Panaskan minyak dalam periuk.Tumis rempah ratusnya hingga wangi.
  • Masukkan bawang merah dan bawang putih.tumis sehingga kuning.
  • Kemudian masukkan daging .kacau rata.
  • Masukkan air secukupnya untuk memasak bubur.Kemudian baru masukkan beras,udang kering dan daun pandan.Masak sehingga menjadi bubur.Jika terlalu pekat tambahkan air secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan garam dan santan kelapa.Biarkan mendidih.
  • Hidang bersama hirisan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
Selamat berbuka puasa  buat kawan-kawan muslimin dan muslimat semua.Semoga ibadah puasa kita di terima olehNya.Insyallah.

11 comments:

  1. Saya pun berbuka dg bubur lambuk. Tak payah beratur, order jer. Harga nya RM2.50. Kalau banyak, depa hantar ke pejabat

    ReplyDelete
  2. bestt sangat bubur lambuk...peberettt

    ReplyDelete
  3. tgk bahan2 pun dh tau sedap..
    tgk gambar, lg le nampak sedappp

    ReplyDelete
  4. Rinduuuu.... rindu nak makan bubur lambuk Kampung Baru! Nampak gaya memang kena buat sendiri kalau nak makan!

    ReplyDelete
  5. salam ,tumpang tanya
    kalu utk 560 orng
    mcm mana anggaran quantiti bg setiap gahan2 ni?
    maaf menyusahkan

    ReplyDelete
  6. Biasanya kami letak daun pucuk paku..itu wajib ada kalau dlm bubur lambuk terengganu

    ReplyDelete