Friday, June 14, 2013

Kebab Ayam Berkeju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi tadi Cm ada temujanji dengan fisio dan tengahari pulak ada urusan di bank jadi makan tengahari kami anak beranak hanyalah kebab ayam yang sungguh ringkas tetapi berkhasiat serta seimbang...

Jika anda nak cepat atau  tidak cukup masa untuk menyediakan hidangan untuk keluarga dan tak suka tapau makanan dari luar ..bolehlah cuba resipi ini :)

Bahan-bahannya:

1 peket capati segera.
2 dahan daun salad.
1 biji buah tomato.-dadu
2 keping dada ayam-ambil isinya.
1 labu bawang besar-cincang.
Sedikit parutan  keju mozarella
Sedikit minyak zaitun.
Sedikit sos cili.
Sedikit sos tomato.
Sedikit mayonis.
Sedikit lada sulah.
Sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Ayamn di rebus dan di siat siat isinya.
  • Panaskan sedikit minyak  zaitun dan tumis bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan isi ayam,garam,lada sulah  dan buah tomato.
  • Gaul sehingga rata.-ketepikan.
  • Sementara itu panaskan capati sekejap agar lembut dan senang untuk di gulung.
  • Isikan ayam dan letakkan sedikit sos tomato,sos cili dan mayonis.
  • Taburkan dengan sedikit parutan keju dan gulung hingga kemas.
  • Ikat dengan tali agar tidak terburai semasa membakarnya nanti..Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Aturkan ke atas dulang dan taburkan dengan sedikit keju parut.
  • Renjiskan dengan sedikit minya zaitun.
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga perang.
  • Hidangkan bersama potongan daun salad.
  • Sedap di makan ketika masih panas.

Selamat berhujung minggu  :)

4 comments:

  1. Asslmkm Kak.
    Menu2 macam ni sangat sesuai untuk orang2 mcm sue ni. Heee. Ringkas, yang penting sedap. Bunyik macam bz sangat kan. Padahal pemalas sebenarnya..Pesen masak nak yg mudah2 saja.Ngeeee

    ReplyDelete
  2. Sedapnya CM, boleh Cuba ni, simple Dan mudah nak buat kan ;-)

    ReplyDelete
  3. Semalam dh jengah sini...x dan ngomen. Ari ni singgah lagi kot2 nk jd rejeki ai arini....dpt segulung tu dh xyah pikir nk mkn apa dah....errr pikir tu tetap pikir smpai bila2
    .hihih...

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak buat style ni untuk si Rayyan dan Ilhan.
    Terima kasih ilham sudah kembali.

    ReplyDelete