Thursday, April 18, 2013

Nasi Kerabu Kuning

Salam dan selamat petang.


Semasa Cm tinggal bersama keluarga di kampung dulu,jiran jiran kami ada yang berketurunan Cina Siam.Masih ingat lagi nama-nama diorang..Mek Bunga,Mek Tuan,Mek Teok,Wee Chian.Che Arun.........yang paling rapat dengan keluarga Cm adalah Mek Teok.....Masyarakat Cina Thai di Kelantan bercakap dalam longat Kelantan,cara hidup pun hampir sama dengan masyarakat melayu Kelantan....dan mereka makan budu macam Cm ni hikhik.

Jika memasak nasi kerabu mereka lebih suka masak nasi kerabu kuning.Jadi hari ini Cm masak nasi kerabu kuning untuk mengembalikan ingatan semasa berjiran dengan kawan-kawan yang berketurunan  Cina Siam dulu...Dimana kah  mereka sekarang......rindunya ....

Jika makan nasi kerabu Cm suka makan dengan ulam yang banyak.Ulam yang wajib ada ialah  daun kesom,tauge ,bunga kantan dan timun.Jika tak ada terasa tak lengkap.

Nasi.

Bahan-bahannya:

2 cawan beras,
Air secukupnya.
2 helai daun limau purut.
1/2 tsp serbuk kunyit.

Cara-caranya:

Masak nasi seperti biasa dengan menggunakan periuk elektrik.

 Tumis Budu:

5 tangkai cili kering.-jika suka pedas boleh tambah cili kering ya :)
6 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 hiris halia.
3 tbsp budu.
Gula dan garam secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
Sedikit Gula melaka.
1/2 biji kelapa ambil 1 cawan santan.
2 helai daun limau purut.
1 batang serai-ketuk.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Kisar bawang putih,bawang merah,cili kering dan halia sehingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.Masukkan  serai serta budu.Masak sehingga agak pekat.
  • Kemudian masukkan santan,gula melaka,gula,garam ,asam keping dan daun limau purut.
  • Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit.Seimbangkan rasa garam dan gulanya.


Sambal Kelapa.

Bahan-bahannya:

1 biji kelapa-goreng tanpa minyak sehingga agak-agak perang.
1 batang serai.
4 ulas bawang merah.
3 ekor ikan kembung direbus dan diambil isinya sahaja.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam food processor.Kisar hingga semua bahan-bahannya sebati.(express ni )

Air Lada.

20 biji cili api.
Sedikit garam.
Sedikit Cuka.
1/3 cawan air masak.

Cara-caranya:

Kisar sehingga halus.


Ikan Goreng Tepung.

Ikan kembung dimasak dengan sedikit air,garam dan asam keping.Apabila ikan telah masak toskan airnya.
Bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air,garam dan serbuk kunyit.Agak-agak seperti bancuhan untuk goreng pisang.Celup ikan dan goreng hingga perang atau sehingga garing seperti goreng pisang.

Solok Lada.-Sila klik DISINI.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .


10 comments:

  1. Waduh CM! Perut PH dah pun berkeroncong, terliur dibuatnya! Ish tak tahanlah CM, PH pun nak masak Nasi Kerabu jugak. Kena lapangkan masa nih, ish tak sabar-sabar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe perut dah menyanyi lagu "keroncong " tu tanda minta diisi :)......Jom makan :)

      Delete
  2. wah sedapnya CM macam nak ambik je sikit nasi kerabu tu tapi apa daya hanya mampu telan air liurje heee

    ReplyDelete
  3. hi kak, at first i thought nak buat nasi kerabu pun..but i tengok kena banyak preparation...tak tahu mahu buat ke tidak...sedap! sedap!

    ReplyDelete
  4. Interesting knowing yellow rice is being served besides blue rice. Great meal with those ulam n condiments!

    ReplyDelete
  5. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete